Sabtu, 4 Februari 2012

kerana sayang Allah beri kita ujian..=)


                              

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Ganjaran menanti bagi yang diuji
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
Bentuk-bentuk ujian yang diberikan
Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Nabi Allah juga diuji
Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]
1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Bala’ dalam konteks semasa
Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.
Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.
Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.
Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.
Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.
Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman
Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.
Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.
Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]
Kaedah Bersabar
Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]
Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.
Kesimpulan
Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.
Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.
Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]
Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Apalah sangat pandangan orang jika dibandingkan dgn pandangan Allah


 "Kenapa ana tengok lately ni status ukhti macam di luar kebiasaan sikit.?"
ana memulakan pertanyaan. Cuba mengorek apa sebenarnya yang bermain di fikiran rakan sekolah menengahnya itu. Hana bagai dapat menghidu, Umairah seperti sedang bertarung dengan sesuatu. Rakan baik lah katakan..

"Di luar kebiasaan macam mana tu Hana.? Tak ada apa-apa lah.", Umairah masih bermain kata-kata.


"Entahlah, ana pun tak tahu tapi ada rasa lain sikit lah, bukan macam biasa. (smiley). Apa-apa pun jaga diri ya.?"


Pada mulanya Umairah jual mahal, mengelak untuk membicarakan pertarungan hatinya. Mengharapkan Hana untuk berusaha mengorek tetapi apabila melihat Hana mengakhiri ayatnya begitu, Umairah tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengurangkan sedikit beban yang tertanggung di hati. Dia yakin, rakannya itu pasti dapat membantu, seperti kebiasaan."Nampak macam ana ada problem ke.?". Hana tersenyum, berjaya juga rupanya dia buat-buat tidak endah."Takde la nampak macam ada problem pun. Kalau ada problem pun, harap-harap tak seberat mana ujian Dia. Semoga ukhti sabar dan redha dengan semuanya. Ada apa-apa ana boleh tolong.?"Hana bertanya dengan rendah dirinya. Baginya, kalau tidak berjaya selesaikan masalah sekalipun, at least dapat menjadi pendengar."Betul.. betul.. Ana takde masalah pun. Hehe..",


Umairah mula membuka mulut."..just macam kadang-kadang teguran orang tu buat ana down. Sebaliknya ana perlu bangkit, bukan down. Ana tahu tu tapi kadang-kadang susah.""Selagi usaha kita tu betul, mungkin tak sedap di mata manusia, tapi dekat Tuhan, mungkin itu yang lagi Dia redha. InshaAllah.. You're expecting this kan.?", cubaan Hana untuk menyelami perasaan rakan baiknya itu."Ada yang cakap ana share pom pang pom pang tapi diri sendiri pun tak betul, belajar tak habis tapi dah nak tunjuk pandai. Salah ke ana apa yang ana buat ni ukhti.? Ana tahu ana banyak lagi kekurangan diri, tapi ana harap dengan share apa yang perlu tu lah ana dapat belajar perbaiki diri."Belum sempat Hana menyampuk, Umairah terus menyambung."Ana tahu ana jahil sangat, betul-betul belajar konsep sebenar islam pun baru setahun jagung. Memang masih banyak yang ana tak tahu. Ana perlukan teguran yang dapat memotivasikan diri untuk terus thabat. Tetapi kadang-kadang 'nasihat-nasihat' tu buat ana takut untuk berdakwah. Buat ana rasa tak layak...""Ana faham apa yang ukhti rasa. Mereka tak tahu apa yang telah kita lalui. Kebanyakan mereka menilai apa yang mereka nampak pada hari ini. Mengharapkan kesempurnaan. Be positive, mereka hanya inginkan yang terbaik untuk kita cuma mungkin mereka lupa untuk bermain kata-kata. Ini adalah proses yang perlu dilalui orang yang sedang 'transform' macam kita. Jangan biar teguran itu berjaya mematahkan semangat kita, sentiasa perbaiki diri. Layak tak layak, tu hak Allah. Yang penting usaha.", Hana cuba mencelah. Memahami apa yang rakannya perkatakan. Sangat memahami, kerana dia juga pernah merasakan yang sama. Dan yang paling penting, yang mententeramkan dia adalah Umairah sendiri. Kelakar tetapi itulah realitinya. Hana meyambung lagi, "Ukhti tahu tak, ukhti pernah post something, that gives me a very deep meaning.? Infact, it clarifies everything. Here.."'Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'Cukup dengan ayat itu untuk membuatkan Umairah bersemangat kembali. Ya, ALLAH.Walaupun Hana cuma mengulang kembali kata-kata yang pernah Umairah kongsi dengannya, itu sudah cukup bermakna buat Umairah. Kita manusia, kekadang kita kuat, kekadang kita lemah. Kekadang kita ingat, kekadang kita lupa.Sebab itu kita perlukan rakan yang selalu mengingatkan, yang selalu memberi kita semangat dan dorongan. Kita semua masih belajar, masih membentuk diri. Perlukan sokongan yang kuat untuk berpaut, kata-kata semangat menjadi pendorong. Memerlukan rakan yang bagai dahan yang kuat, untuk kita terus tegar berpaut. Bukan dahan yang rapuh..

Kedamaian Hati


Bismillahhirrahmannirrahim~ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~









Aku hanya seorang wanita diakhir zaman.pelbagai pengalaman yang aku kutip sepanjang 22thn aku hidup..bermula dari kanak-kkanak,remaja dan sekarang dewasa..pengalamanlah yg banyak mengajar dan mengubah diri aku utk menjadi yg lebih baik dr sblm ni..aku mengaku diri aku yg dulu mmg diri aku ms zaman aku jahil dan butahati.. ape yg dilarang tu yg aku nak buat..biasa lah..nama lagi remaja kan..ape yg xleh..makin nak buat..aku ngaku dulu aku mmg jahil..terlalu banyak dosa yg aku kumpul seolah aku lupa seperti duniani xde penghujung dan akhirat tu xde..tapi aku bersyukur pada Allah, Dia masih sayang pada aku..Dia xbiarkan aku terus2 tersesat..Dia memberi aku kesedaran melalui buku bertajuk 'terpelanting dari tititansiratulmustaqim..'


Dari pembacaan buku tu,timbul rasa gerun,takut,insaf yg menyedarkan aku dari mimpi2 duniawi ni..terlayar kembali diingatan segala dosa2 lalu aku..YaAllah..terlalu banyak..aku gagahi diri aku utk ubah diri aku..berkat kekuatan dalaman yg aku kumpulkan,dengan izin Allah..aku terbuka hati utk mohon keampunan Allah atas segala dosa-dosa lalu aku..aku berusaha utk tetap istiqamah dgn pendirian aku yg baru..sbb pada aku,ini juga sebahagian dari jihad aku kerana Allah..apa yg pasti aku xnak berubah kerana seseorang coz kalo seseorang tu khianati kite,kite akan berubah jd manusia jahil semula..aku ingin dan nak berubah semata2 kerana Allah..aku xnak jadi sempurna coz tiada yg sempurna didunia ni melainkan Allah..


sehingga kini aku masih mencari dan mengejar hidayah serta cinta Allah..sedikit sbyk allah mula membalas cinta aku..ketenangan mulai terasa..betapa KasihNya allah pada aku..ape aku nak selama ni sume Dia bg..aku je yg xpernah nak reti bersyukur..kerana Kasih allah pada aku,Dia xbiarkan aku terus hanyut..Dia sedarkan aku dgn ujian2Nya..aku bersyukur kerana aku antara yg terpilih utk diujiNya..kerana org yg diujiNya tanda Allah sayang pada org tu..


kini,aku berusaha utk perbaiki segala kekurangan diri aku utk amenjadi lebih baik dari sebelumnya..aku juga akan sentiasa berdoa memohon agar aku bisa utk tetap istiqamah pada perubahan ni..aku berpegang pada prinsip "Jika mahu kan sahabat,hal2 yg terbaik dan juga pasangan yg soleh/solehah,kite DULU mesti berusaha jadi yg terbaik dan kite DULU mesti mesoleh/mensolehahkan diri kite..itu prinsip yg kini menjadi pegangan aku..Alhamdulillah segala puji bagiAllah..Dia permudahkan jalan utk ku..terima kasih Allah..aku mohon agar aku bisa utk tetap istiqamah hingga ujung nyawa aku dan diakhiri hayat aku dgn pengakhiran husnul khatimah..amin...

Rabu, 1 Februari 2012

beautiful words!


-Those who kneel down to ALLAH can stand up for anything.

-Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about.


-Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke SYURGA, dan dari neraka menjauhkan?


-Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in TOUCH.


-Seorang TEMAN yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.


-"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]


-Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.


-The most excellent JIHAD is that for the conquest of self.


-Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.


-Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.


-Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?


-Life is too short to waste time HATING anyone.


-Tetapi yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.


-Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.


-Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?


-Sudahlah lahir dari saluran yang berkongsi dengan saluran qubul, hampir pula dengan saluran dubur. Setelah itu selama beberapa bulan menelan najis sendiri berkali-kali! Maka masih layakkah kita EGO dengan Sang Pencipta sedangkan Dia-lah yang memelihara di dalam ruang kecil diliputi tiga kegelapan itu?


-Cinta Allah adalah cinta SEJATI yang kekal abadi.


-"Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" hanyalah kata-kata yang dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah. Sedarlah, hidup di dunia sangat SINGKAT waktunya. Usia muda tidak bermakna ajal juga masih jauh duduknya. Tidak nampakkah kita dengan bukti-bukti yang telah Allah tunjukkan? Nauzubillah.


-CINTA kepada bunga akan layu. Cinta kepada manusia akan berpisah. Cinta kepada Allah swt akan abadi.


-Love ALLAH because He loves you.


-SAHABAT yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah.


-Lebih baik terlanggar tiang menundukkan PANDANGAN daripada terlanggar agama menurut panahan syaitan.


-Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.


-ISLAM bukan hanya nama, islam adalah cara hidup.


-"Agama islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai dikalangan umat islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang Muslim dan menerima islam sebagai WARISAN." [Fathi Yakan]


-SHINE ON and don't give up on what you have decided to do!


-KEIMANAN menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.


-Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna!


-Semoga cantik kebanyakan diganti cantik sebenar kecantikan. Ternyata ianya INDAH.


-HIDAYAH perlu dicari, bukan dinanti.

-Beruntunglah sesiapa manfaatkan hidayah dariNYA. Hadiah jiwa hanya untuk mereka yang terpilih. Pelihara, pulihara dan PENJARAKAN ia jangan sampai terpergi lagi.

-Aku keliru, apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki? Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan? Atau pada akhlak yang menawan? Biar apa pun jawapannya, aku tetap aku. Aku seorang wanita. Fitrahku sukakan diri cantik jelita. Namun, bukan kecantikan di mata manusia, sebaliknya.. AKU MENCARI KECANTIKAN YANG DIIKTIRAF TUHAN!

-LIFE is either a daring adventure or nothing.

-Kau tahu kecantikan wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya ataupun bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari MATAnya, kerana itulah pintu hatinya. Tempat di mana CINTA ITU ADA

-Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful

-
Istighfar dan bertaubat lah. Sebelum pintu itu tertutup (yakni mati).
-Jika dengan kematian kami dapat melihat wajahMu, matikanlah kami supaya terhindar kami dari fitnah dunia. Jika dengan kematian kami tercampak ke nerakaMu, panjangkanlah hidup kami supaya dapat kami perbanyakkan taubat kepadaMu.

-Live as if you would die tomorrow, learn as if you would live forever.
-Kalau sanggup berkorban kerana manusia, kenapa tidak sanggup berkorban kerana Allah.? Pasti ganjarannya lebih lumayan.
-Allah loves you. Buktinya, Dia menciptakan kita sebagai MANUSIA, semulia-mulia makhluk.
-Jual mahal adik-adik. Lagi mahal lagi berharga. Lagi dihargai, lagi dijaga rapi.-'Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.-Kaum hawa sering menitik beratkan aurat ketika solat tetapi mengabaikan aurat ketika di luar solat padahal tuntutan menutup aurat ketika atau di luar solat adalah sama.
-Jangan risau, yang menilai itu Allah, bukan manusia.

-'You are what you eat, you are what you read.' Avoid haram and unhealthy food. Avoid too much unnecessary readings. To keep 'halal', 'healthy' and 'necessary'.

-Mencari cinta sempurna; cinta Allah
.-Don't judge people until you know them. Don't underestimate people until you challenge them.
-Jangan takut, ALLAH bersama kita.
-Harga diri seorang wanita terletak pada sifat malunya. Malunya kepada Allah. Malunya untuk melakukan dosa.
-Things are better if covered.

-Saat sedih dan kesusahan, mencari Allah. Saat senang dan gembira, melupakan Allah. Padahal, yang memberikan kesenangan itu juga Allah.

-Salah satu tips untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah memiliki teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada agama.

-'Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race, but it's how you end it' [ImamSirajWahaj]

-'Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu.'

-Apabila anda terlalu banyak berfikir, syaitan sangat suka mendekati untuk meracun dan menggelisahkan anda. Tiba saat itu, BACA dan HAYATI lah ayat-ayat al-Quran.

-Living abroad is not about where you are, it's about WHO you are.

-'When nails grow we cut nails, not our fingers. Similarly when misunderstandings raise, we should cut misunderstandings not the relations'.

-Bila gundah, solat adalah terapi terbaik untuk mendapat kembali ketenangan.

-'Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning'.

-Lelaki yang baik takkan pernah memaksa wanita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan murka Allah. Bijak membuat pilihan, lelaki bagaimana yang bakal dijadikan imam keluargamu wahai wanita.

-Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.

-Jangan kedekut sangat.! Tak ada apa pun yang kalian miliki. Semua milik Allah.

-Bercinta lepas kahwin. Mesti lagi best sebab lebih diberkati Allah.

-Let them talk. Then put a smile. Because after all I know, ALLAH KNOWS BEST.

-Everyone has their own past. And the past is not to be judged, but to be learned.

-Kecewa kerana cinta?? Kalaulah cinta ILLAHI yang kau cari, kau tidak mungkin dikecewakanNya.

-Q: Awak marah ke bila saya tengok perempuan/lelaki sexy..?
A: Jangan risau pasal saya marah, tapi risau pasal ALLAH marah.

-Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya.

-Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu.

-'Tak kenal maka tak cinta'.. Cukup kenal kah aku akan Rabb ku.?

-Jika kita sudah istiqamah solat lima waktu, apa kata tingkat lagi sikit level ibadah dengan istiqamah juga solat sunat Qabliyyah dan Ba'diyyah kerana ia adalah sunat muakkad. Semoga IMAN kita sentiasa meningkat.

-'I can't brag about my love for ALLAH because I fail Him daily but I can brag about His love for me because it never fails'.

-'Real Love means helping each other to attain Jannah, Not holding each others hands walking towards The Hellfire'.

-Kita hidup bukan kerana manusia, kita hidup Lillahi Taala, kerana Allah.

-Hawa, perlu kita jual mahal kerana harga diri kita sangat tinggi.! Sesuai dengan tingginya darjat seorang hawa disisi islam.

-Differences in thought need to be discussed, not to be suppressed.

-Yang wajib jangan tinggal, yang sunat diperbanyak.

-Kita perlu lantang menyuarakan pendapat, bukan lantang membahaskan betulnya pendapat. PENDAPAT BUKAN HUKUM. Dan Allah ciptakan manusia masing-masing mempunyai daya fikir yang berbeda.

-Siapalah kita untuk menilai hati manusia. Kan hati itu misteri, rahsia yang hanya Penciptanya mengetahui :)

-Sebenarnya ada beza antara PENGORBANAN dengan KEBODOHAN.

-Have you ever asked yourself, where is Allah in your heart..?

-Allah tak melihat rupa kamu, pakaian kamu, tetapi Allah melihat HATI kamu kerana itulah tempat paling rahsia diantara manusia.

-'Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.' [Hukamak]

-'Kita sering merungut mengatakan Allah tidak adil apabila kita tidak dapat apa yang kita doakan. Adilkah kita kepadaNya.? Hanya dekat kepadaNya ketika susah, menjauhkanNya ketika senang.?


-You first put a smile if you want others to smile at you.


-Mulakan harimu dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan sekuntum senyuman. Selamat Pagi Malaysia.


-Hidup bukan semata untuk hidup, hidup untuk Yang Maha Pencipta.


-Kadang aku kuat, kadang aku lemah. Ya Rabb, peliharalah hati-hati kami.


-Takkan lah ingin menunggu nyawa sampai ke halkum baru ingin berubah.? Takkan lah ingin menunggu matahari terbit dari sebelah barat baru ingin berubah.? [TanyalahUstaz]


-Dambakan imam muda, didiklah diri menjadi makmum muda. Dambakan putera puteri agama, didiklah diri menjadi permaisuri agama.


-A smile does not cost anything but it gives a great deal.


-Cinta siapa yang kita dambakan.? Cinta manusia atau cinta Allah.? Dambakanlah cinta Allah kerana ia memupuk cinta suci kepada manusia, dan kerana cinta sesama manusia belum tentu dapat memupuk cinta suci kepada Yang Maha Penyayang.


-Cantik di dalam cantik lah di luar. Cantik di luar belum tentu cantik di dalam. HATI.



-Sebelum berterima kasih kepada orang, berterima kasih dulu kepada Allah kerana kebaikan itu diberikan oleh Allah kepada kita melalui orang tersebut.


-When you need proof about this universe.. everything is stated in Holy Quran.


-Worldly life is very short yet Hereafter is forever. It's worth to bear the hardship in this short life now if it leads us to the better place in Hereafter.


-Dunia yang sementara. Penting. Menentukan di mana tempat kita di akhirat kelak. Akhirat yang kekal.


-ISLAM is not just a religion, it is also a WAY OF LIFE.


-My dearest Muslimah, learn patience from Asiyah, loyalty from Khadijah, sincerity from A'ishah and steadfastness from Fatimah.


-Ya Allah, peliharalah hatiku, jangan biar ia dikotori lagi.


-Judge ISLAM by judging the QURAN, not the muslim as muslim is a human being who always makes mistakes while QURAN is perfect; WORDS FROM ALLAH.


-'A devout Muslim women have never felt lonely, because the presence of God is closer than her own veins'.


-Jangan lupa lelaki pun ada batasan aurat.!


-How to achieve a happy life.? -Have the habit of smiling and being cheerful, and keep company with optimistic people.


-Betapa Allah menyayangi kita. Diberikan hidup yang sempurna. Masih ego untuk kita bersyukur kepadaNya.



-Apabila kita senyum kepada seseorang, ada kala senyuman kita tak berbalas. Tapi yakinlah, ALLAH sentiasa membalas senyuman kita.



-Ayuh bangkitlah bangsaku. Usah selesa ditakuk lama. Kita perlukan pewira, pewira untuk mengembalikan kegemilangan islam.! Bangkitlah.!


-Please read and understand the Quran before talking about islam.!


-Siapakah kita telah jadi hari ini, dan siapakah kita akan jadi pada hari esok.? Muhasabah diri.


-Jagalah maruahmu wahai puteri agama, jagalah martabatmu wahai putera agama.


-Nak ubah Malaysia kena ubah diri dulu.! PUNCTUALITY.


-Yang menentukan dosa pahala seorang muslim bukanlah seorang muslim yang lain tetapi Allah.


-Tiada ketenangan yang dapat menandingi ketenangan di dalam SOLAT.


-Don't be too harsh, nak menegur kena berhikmah, baru dapat melembutkan hati yang ditegur.


-Tanpa iman, Islam tidak akan bangkit.!



-When you wake up in the morning, do not expect to live until evening.


-Let your morals and attitudes be even more beautiful than a garden.


-'What if tomorrow never comes.? Then today we die, doing something haram'.


-Say yes to your smile that sends a message of warmth and friendliness to others. Smile is one of the easiest sunnah. Smile is one of da'wah.


-'Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini'. [ImamSyafie]


-'Ya Allah, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk'.


-'Ya Allah, cahaya kemerahan itu (pada matahari) menandakan siang akan menutupi tirainya. Malam akan menjelma. Engkau menjadikan malam itu ditemani kegelapan. Aku bermohon kepadaMu ya Allah, janganlah Engkau gelapkan hatiku sepertimana kegelapan pada malam, sehinggakan aku lalai dari mengingatiMu (bangun malam untuk beribadah)'.


-Logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya.? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan.? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah.



-'Ish 'Azizan, Aw Mut Syahidan.! Hidup Mulia, Mati Syahid.!



-Majoriti manusia inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa. Semua itu dikejar oleh manusia. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah -sumber segala kekayaan, kecantikan, kekuasaan dan keagungan.


-Aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cintamu.