Ahad, 7 April 2013
jangan bangga dengan pasangan mu yang belum halal disisi syarak...
Pasangan-pasangan couple di facebook, twitter, dll yang:-
- terang-terang ambil gambar bersama
- jelas-jelas letakkan gambar dating bersama di khalayak ramai.
- set relationship bagai (kejap engaged kejap single)
- dipelopori ikon
-ikon remaja dengan followers puluhan ribu di facebook, tidak segan
-silu memaparkan gambar-gambar kemesraan bagai untuk minta doa dan pujian ramai...
Sebenarnya mereka tak faham. Nampak seperti nak tunjuk pada orang. Tapi hakikatnya, mereka tayang tu untuk Allah tengok.
Seolah-olah mencabar kekuasaan Allah: "Wahai Tuhan! Nah, tengoklah gambar kami bersama ni. Kami tak takut pada azab-MU pun! Tak kena petir pun! Dapat like dan doa org ramai lagi ada la!"
Bila dah 'cabar' Tuhan begitu sekali, tunggulah balasannya. Balasan Allah ada yang datang sekelip mata, ada yang datang di hari tua, ada yang ditunda untuk digandakan hukumannya di akhirat kelak.
Balasan awal Allah berupa putus cinta. Selalu orang lepas clash akan tanya soalan, "Kenapa jadi begini, kenapa dan kenapa..bla bla..".
Baik, ni sebabnya anda putus cinta:-
1. Allah tak redha. (mungkin byk sgt buat dosa bila berdua)
2. Allah sedia yang lebih baik. (Allah tahu orang yg bersama dgn kamu tu tak boleh guide kamu pun mungkin)
3. Allah benci org bermaksiat.
4. Allah Maha Mengetahui masa depanmu.
5. Takdir. (dah tersurat dia bukan untuk kamu sampai
kiamat) JANGAN CABAR KUASA ALLAH
berharganya menjadi seorang wanita.hormati ibu dan isteri kita..
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
"Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
kisah pengajaran-imam malik
Kisah Pengajaran
Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya .Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.Sehinggalah tiba pada hari kematiannya.Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat,tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada alat kemaluan wanita pelacur itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu . Mana tidaknya ,tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu .Pertama,memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus .
Akhirnya,mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa .Pernah ada satu ketika ,Imam Malik mendapat 40 pertanyaan ,tetapi yang dijawabnya hanyalah 5 .Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama .Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya .
Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:" berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina ".Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut ,sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi".Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi .Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
Silalah share kisah ini supaya kita mendapat manfaat sama2. ^_^
BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

'sesiapa'
Sesiapa yang mempelajari al-Quran, besar nilainya.
sesiapa yang menulis Hadis, kuat hujahnya.
sesiapa yang mendalami fiqh, mulia kedudukannya.
sesiapa yang mendalami bahasa, halus cita rasanya.
sesiapa yang mendalami hisab, cerdas mindanya.
tapi..
sesiapa yang tidak memelihara dirinya, tidak berguna ilmunya.
~Imam Syafie~
tiga kos pilihan untuk berkahwin
1. Berkahwin mengikut rukun nikah yang sah. Jumlah kos RM 430.
Kosnya adalah :
1.1 Menghadiri kursus perkahwinan RM 80
1.2 Ujian HIV lebih kurang RM 100.
1.3 Kos Kadi RM 150
1.4 Mas Kahwin RM 100 ikut negeri.
2. Berkahwin mengikut rukun nikah yang sah di tambah sunnah mengadakan kenduri kesyukuran RM 920
2.1 Kos kahwin mengikut rukun nikah yang sah RM 430
2.1 Kos makan malam, tengahari ataupun minum petang (salah satu) untuk 70 orang jiran tetangga RM 490.
3. Berkahwin ikut Islam dan kos mas kahwin semasa RM 5920
3.1 Kos kahwin seperti nombor 2 RM 920
3.2 Mas Kahwin dinaikkan dari RM 100 kepada RM 5,000.
4. Berkahwin mengikut adat nenek moyang RM ???
4.1 Kos nikah dan mas kahwin asas RM 430
4.2 Kos barangan hantaran RM 2,000
4.3 Kos khemah, pelamin raja, makan beradab dan catering RM 15,000
4.4 Kos baju pengantin dan sewa baju-baju RM 1000
4.5 Set katil bilik tidur pengantin RM 2000
4.6 Kad kahwin dan banner RM 500
4.7 Wang hantaran RM 10,000 - 15,000
4.7 Kos adat itu ini, itu ini, itu ini….
Hidup ini adalah pilihan, hendak kahwin supaya dapat pahala dari Allah pun boleh, hendak kahwin supaya dapat ‘restu’ dari nenek moyang (adat) pun boleh, isu suka hati.
Kerana yang menanggungnya adalah kita secara individu.
Semoga bermanfaat.Salam
Isnin, 17 September 2012
AbAh..
abah,
kasih sayang mu mekar dihatiku,
pengorbanan mu membuatkan aku bertambah sayang padamu,
kesabaran mu begitu tinggi tatkala melayani kerenah isteri dan anak2 mu.
abah,
kau adalah insan teristimewa dalam hidupku,
kau satu dan tiada pengganti dihatiku,
padaku kau adalah ayah dan sahabat terbaik dalam hidupku,
penyeri hidupku.
abah,
tatkala aku kesedihan,
kau hadir memberi kata semangat,
tatkala aku sedang marah,
kau sirami amarah ku dgn kesabaran mu,
kau antara idola terbaik yg akan menjadi ikutan ku.
abah,
terima kasih atas segalanya,
segala tunjuk ajar mu akan ku sematkan dalam ingatanku,
kesabaran mu menjadi ikutanku,
kasih sayang mu dapat ku rasa ia mengalir di dalam darahku.
abah,
kini kau telah pergi,
pergi meninggalkan kami buat selama2nya,
pergi menhadap Sang Pencipta,
pergi yg tak kan kembali,
aku merindukan dirimu duhai abah,
terasa separuh jiwa ku pergi bersamamu.
abah,
aku cuba gagahi utk hidup tanpamu,
berbekal kan semangat,kesabaran,kasih syg mu,
aku teruskan kehidupanku,
demi mama dan adik2 ku,
doa kami sentiasa mengiringi mu abah,
nantikan kami di Firdausi sana.
-khas buat abah yg tercinta: mohd azmi(1963-2004)
|
Langgan:
Catatan (Atom)