Isnin, 8 April 2013
perbezaan syahid dunia dan syahid akhirat
Soalan : Ustaz.. Bagaimana nak bezakan antara syahid dunia dan syahid dunia akhirat?
Jawapan UAI : Isu ni tengah famous sekarang ni. Tu la, suruh gi dengar orang ngajor kuliah dok pergi, mula la pakat baloh (berselisih). Yang jahil jawab ikut jahil, ikut mulut dia, rasa dia pandai dah. Dengor molek !Syahid dunia akhirat adalah syahid ketika peperangan atau menentang orang kafir atau Islam yang bersekongkol dengan kafir (musuh Allah). Contohnya Perang Badar, Perang Uhud, tentera Islam Chechnya yang berperang dengan Russia, mujahidin di Iraq, Palestin. Tu adalah syahid dunia akhirat, HARAM dalam Islam dimandikan jenazahnya.
Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.
1.1 Jenis berperang terbahagi kepada :
i. Syahid dunia dan akhirat, iaitu mereka yang mati dalam peperangan kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan itu.
ii. Syahid dunia, iaitu mereka yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.
iii. Manakala syahid akhirat adalah jenis yang tidak berperang iaitu mereka yang mati kebakaran, mati serta merta terkena wabak, mati beranak, mati tangkap pencuri, mati sedang belajar dan lain-lain lagi.
1.2 Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar.
Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kapan dan kebumian. Disunatkan mengkapan bersama-sama pakaian yang dipakai semasa mati dalam peperangan itu.
1.3 Adapun syahid akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak semasa di dunia ia perlu dilaksanakan sebagai orang mati biasa dengan wajib mandi, kapan, sembahyang dan dikebumikan.
tentang uri
• Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
• Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
• Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
• Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
kenapa orang islam sembah bangunan kain hitam (Kaabah)
S: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
T: "Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
S: "Baitullah tu apa?"
T: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
S: "Allah ada dalam tu?"
T: "Tak....."
S: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
T: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
S: "Kamu sembah apa?"
T: "Saya sembah Allah swt"
S: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
T: "Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
S: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
T: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
S: "Pernah...... selalu.."
T: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
S: "Tengok perlawanan bola la.."
T: "Di mana?"
S: "Dalam tv la.."
T: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
T: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
S: "So..?"
T: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
S: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."
T: "Peliknya.."
S: "Sebab apa pulak pelik?"
T: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
S: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
T: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
S: "Ya.. tak pelik.."
T: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
cara-cara mandi wajib
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat..
KELEBIHAN MANDI WAJIB :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain
ada pasangan yang...tapi kita masih nak...
● ada pasangan yang mati ketika sedang leka berzina ..
● tapi kita masih nak berzina tanpa ambil pengajaran ..
● ada pasangan yang kemalangan ketika bercumbu dalam kereta ..
● tapi kita masih nak bercumbu2 tanpa rasa berdosa ..
● ada pasangan yang dipanah petir ketika keluar berdeting ..
● tapi kita masih nk berdeting walaupun belum kahwin ..
● ada yang mati tak sempat nk delete gmbar dedah aurat di FB ..
● tapi kita masih bernafsu upload gambar berbagai gaya di FB ..
● ada pasangan yang mati mengejut ketika webcam ..
● tapi kita masih lagi bersuka ria webcam dengan pasangan couple ..
● ada pasangan yang mati ketika sedang berdisco menari nari ..
● tapi kita masih lagi nak berkunjung konon melepas tension ..
● ada pasangan yang pecah telinga ketika leke bergayut ..
● tapi kita masih lagi bersenang lenang nak bergayut lagi ..
● ada pasangan yang mati tak sempat nak kembali bertaubat ..
● tapi kita yang masih hidup nie berterusan dalam maksiat ..
p/s : bila dah habis baca ,, syaitan mula berbisik kt telinga ,, woi kau tak payah LIKE laa bro ,, tak payah SHARE laa ,, org tak insaf jgk derr ,, buat semak wall kau jer !! .. begitulah licik nye syaitan krn x mahu manusia saling menyebar perkara baik ,, dan nak manusia terus terlene dgn dunia ,, astarfirullahal'azim ..
Ahad, 7 April 2013
tujuh dosa besar
Abu Hurairah ra. dari Nabi saw bersabda: "Jauhilah tujuh jenis dosa yang membinasakan.”Para sahabat bertanya: ”Wahai Rasulullah, apakah tujuh jenis dosa itu?” Baginda menjawab: “Mempersekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa (manusia) yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari pada saat pertempuran (dalam jihad) dan menuduh (berbuat zina) kepada wanita-wanita yang selalu menjaga diri mukminat dan tidak pernah berfikir (untuk berzina).” - HR Bukhari
Jom check:
1. Mempersekutukan Allah, maksudnya melebihkan sesuatu lebih dari Allah. Atau langsung tak pedulikan Allah. Memisahkan hal agama dengan keduniaan. Contoh, politik suku, agama suku.
2. Bunuh orang. Try check kot-kot ada suruh org bunuh ke, bunuh sendiri guna helmet ke, C4 ke, bom atom ke..
3. Makan riba. Makan rasuah tu termasuklah sekali. Contohnya jadi tok penghulu. Dapat RM5ribu untuk buat padang bola mini. Tapi bagi lima ratus je kat anak mukim.
4. Lari dari medan pertempuran. Contohnya kat kampung kena serang pengganas, tapi kita lari dari kampung terus tinggalkan atok tua berjuang sorang2.
5. Menuduh pompuan solehah berzina.
6. Makan harta anak yatim. Songlap duit zakat. Sekat duit zakat. Cth macam menyusahkan pemberian zakat utk pelajar yg memerlukan di Mesir.
7. Sihir. Tak suka someone, terus kau bomohkan dia sampai dia terencat akal..
ujian mentarbiah hati dan jiwa kita
“Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya… terlupa siapakah kita di sisi-Nya. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin derhaka pada-Nya?” — Ustaz Kazim Elias (Tuhan Sedang Menguji Kita)
Langgan:
Catatan (Atom)
