Rabu, 10 Julai 2013

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Peluk isteri secara tiba-tiba.


3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.


betul?

Selasa, 9 Julai 2013

Izinkan Abang Nikah Sorang Lagi

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.

Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.


Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.


Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?


Dia menghela nafas panjang.


Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.


Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.


Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.


Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah


Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.


Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.


Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.


Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.


“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.


Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.


Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.


Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.


Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.


Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.


Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.


Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.


Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.


Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.


Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.


Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.


Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.


Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.


“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.


“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.


“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.


Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.


Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.


Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.


Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.


Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.


Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.


Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.


Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.


Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.


Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.


Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.


Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.


Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”


Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.


Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…


02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…


03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…


Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.


Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.


Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.


Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…


Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.


Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.”


Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Isnin, 8 Julai 2013

Teknik Bersetubuh Dalam Islam - Bagi Yang Sudah Berkahwin



Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…”(Surah Ali Imran ayat 14)

lain-lain ayat
Firman Allah s.w.t bermaksud:

” Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka..”(Surah Al Baqarah ayat 187)
Firman Allah s.w.t bermaksud:
” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki”
(Surah Al Baqarah ayat 223)
Menurut Ibnu Jarir At Tabari, “ladang” bermaksud tempat menanam benih. Sementara maksud perkataan “datangilah mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara , teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya !! Diulangi.. TIDAK MELALUI DUBURNYA !!
Kesimpulan dari kalimat-kalimat kinayah dalam ayat diatas mempunyai 2 erti:-
1- Boleh bersetubuh dengan isteri pada bila-bila masa setiap kali timbulnya nafsu dan keinginan seks terhadap isteri (kecuali isteri dlm keadaan haid, nifas, puasa bln ramadhan dsb iaitu masa yg dilarang oleh syariat utk bersetubuh).
2- Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara dan teknik yang dikehendaki mengikut penyesuaian diri masing-masing (kecuali dubur).
TEKNIK-TEKNIK DALAM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI.
Antara teknik-teknik yg boleh diamalkan ialah:-
1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI
Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ni la dia kot) , atas kerusi, dan sebagainya.Semuanya tu adalah sekadar utk menukar selera sekali sekala dan bukan utk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan.
Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yg ada. Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yg ada dlm liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yg ada.
Namum tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:
” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak. ”
Hadis diatas menjelaskan , bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yg utamanya ialah perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan anak.
2- PETUA MENCAPAI KENIKMATAN JIMAK
Sementara orang tua-tua dulu memberi panduan asas persetubuhan ialah hendaklah dilakukan dengan 2 cara:-
1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.
2. Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami ister bertemu rapat.
Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas artau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah utk sama sama merasa nikmat.
3. KERJASAMA SUAMI ISTERI
Sebenarnya kerjasama antara suami isteri memainkan peranan penting utk mencapai kepuasan seks. Tidak kira walapun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin . Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberi kan kerjasama sangat diperlukan.
4. TEKNIK-TEKNIK BERJIMAK
1- Teknik Menggoyang
Teknik ini boleh melambatkan inzal (terpancut mani) dan memberikan kenikmatan kepada kedua-dua belah pihak, boleh juga menambahkan kekuatan dan ketahan zakar. Goyangan yg terkawal dan tersusun membolehkan pihak suami mengawal inzal seberapa lama yang dia mahu sehingga isteri benar benar mencapai kepuasan sebenar. Cara-cara goyangan ialah seperti berikut:-
a. Goyangan Kesabaran
- Mengoyang dengan perlahan ketika memaukkan zakar, tetapi bila menarik, tarik dengan cepat hingga kepala zakar hampir keluar. Teknik ini melambatkan pancutan mani suami dan isteri lebih terasa nikmat dan mempercepatkan inzal isteri.
b. Goyangan Jongket
- Bahagian tubuh anda keatas sedikit sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini akan memberi geseran kuat batang zakar pada kelentit isteri. Ini akan mempercepatkan isteri inzal dan memberi nikmat yg tiada tara pada isteri. Tanda isteri merasai nikmat ialah nafas isteri kencang dan suara renggekannya kuat.
c. Goyangan Hitungan
- Sewaktu menggoyang, lakukan 40 kali secara lambat diikuti 40 kali goyangan secara cepat . lakukan secara bergilir-gilir. Cara ini menjadikan isteri berasa khayal , kerana ombakan goyangan bagai ombak kapal di lautan. tanda isteri khayal ialah matanya kuyu dan dipejamkan.
d. Goyangan Hentian
- Goyang secara selang seli dan rehat sejenak. Goyang 3 kali dan berhenti, kemudian goyang lagi dan berhenti.Goyangan begini menjadikan isteri tersentak-sentak kesedapan. Tanda isteri kesedapan ialah bila kita menggoyang , nafas dan suaranya bagai tersekat sekat. Bila berhenti, ia menghembus nafasnya panjang.
e. Goyangan Berpasangan
- Suami mengoyang dahulu kemudian berhenti. Setelah itu isteri menggoyang pula dan berhenti. lakukan bergilir-gilir. Boleh juga bergoyang serentak atau suamo menggoyang keatas dan kebawah isteri pulak menggoyang ke kiri dan kanan. Cara ini memerlukan kesepakatan dan kerjasama.
f. Goyangan Kekasih
- isteri menggoyang sedangkan sumai mendiamkan diri. cara ini membantu melambatkan inzal suami dan banyak memberi kerehatan pada suami. Sesuai utk diamalakn bagi suami yg mudah terpancut awal.bagi suami pulak janganlah berdiam diri sahaja. lakukan perkara lain seperti meramas payudara isteri, mencium isteri atau menghisap puting susu isterinya atau mengikut selera isteri.Sekiranya isteri hendak terpancar maninya, hendaklah dia memberitahu suami agar goyangan bersama -sama dan supaya sama sama serentak terpancar mani.
g. Goyangan dan Geselan Kepala Zakar
-Melakukan goyangan dengan menggunakan kepala zakar. Caranya ialah memasukkkan zakar sampai ke takuknya agar kepala zakar berada di permukaan kemaluan isteri dan disamping itu kenakan kepala zakar pada kelentitnya.Ini kerana kebanyakan kelazatan perempuan banyak terhimpun pada bahagian permukaan faraj dan khusunya pada kelentitnya. Bergoyanglah hanya sampai takuknya sahaja dan sekali sekala ditusukkan zakar sampai habis dan tarik semula.Cara ini juga dapat melambatkan suami inzal .Tusuklah zakar perlahan-lahan dan apabila tarik, tarik dan rentap cepat-cepat dan tusuk pula perlahan lahan dan seterusnya.
Sebaik-baiknya suami yg lakukan teknik goyangan supaya senang untuk mengawal ghairah. Bila terasa kegelian dan hendak inzal, hentikan goyangan sekejap .Semasa berhentia. suami haruslah teruskan ciuman dan rabaan di tempat-tempat sensitif isteri supaya ghairahnya berterusan.
2. Teknik Tahan Nafas
a. Semasa memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam semua zakar. Diamkan sebentar . Kemudian baru lepaskan nafas.
b. Semasa buat goyangan sorong tarik,tahanlah nafas dan apabila hendak lepaskan nafas,hentikan goyangan.Begitulah seterusnya. Petua ini dapat melambatkan keluarnya mani.
c. Ada baiknya anda lipatkan lidah di lelangit mulut dan niatkan selagi tidak turun lidah selagi itu tidak terpancar mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri hentikan goyangan.
3. Teknik Nafas Songsang
a. Semasa goyangan (keluar masuk zakar), hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. nafas isteri keluar, zakar masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar.
b. Untuk mengetahui nafas isteri keluar, bila kempisnya perut dan tanda nafas isteri masuk buncit perutnya. Ini dapat menahan mani dan banyak kelebihannya lagi.
4. Teknik Kerjasama (Berpakat)
- Apa yang paling penting untuk melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-dua pihak ialah suami isteri hendaklah berpakat.Bila suami terasa nak inzal,suami hendaklah berenti mengoyang . Jika isteri asyik mengoyang-goyang suruh dia berhenti sekejap.Demikian dengan pihak isteri, jika hendak inzal bersama beritahu agar sama-sama inzal serentak.
-Cara kerjasama ini hanya boleh wujud jika suami isteri saling cinta menyintai dan tidak ada rasa segan dan saling memikirkan utk mencapai kepuasan nafsu bersama yang maksimum.
5. Tidak Lupa Allah
- Walaupun semasa bersetubuh,jangan biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah.Biarlah pancutan mani anda keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI semasa berjimak.Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi.Dan dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda. Biasanya anak yang dilahirkan sukar mendapat penyakit sawan.
6. Baca Doa Ketika Klimaks (Inzal)
- Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut didalam hati tidaklah dilarang.
Doanya seperti berikut:-
” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu,ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa ”
Surah – AL Furqan ayat 54
Ada pula fatwa yang anjurkan agar semasa klimaks, ucaplah ” La ilahaillah Muhammadur Rasulullah “ di dalam hati, bukan dengan lidah atau berlafaz. Tujuan untuk mengislamkan benih-benih yang mula beroperasi untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya orang cuma mengazankan apabila atau? memperdengarkan kalimah syahadah kepadan anak yang baru lahir. Tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengislamkan zuriat kita sejak ketika benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah seperti diatas.
Ketika menyebut di dalam hati, hendaklah disertai dengan niat agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang soleh dan insan yang mulia budi pekertinya. Antara pesanan pemberi petua ini ialah:-
” Manusia ketika beribadah ingat akan allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah. Padahal jimak itu hendak mengeluarkan benih suci yang mana pihak lelaki tempatkan selama 40 hari di dalam rahim isterinya. datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan jimak kamu dengan jimak haiwan dan jimak orang yang kafir. Juga dengan jimak orang -orang yang jahil yang berjimak semata-mata memuaskan nafsunya. “
7. Mengesat Dan Meramas
- Sebaik isteri selesai jimak, sebelum membasuh kemaluannya, isteri hendaklah mengesat kemaluan suami dengan kain tuala atau tisu. Cara itu boleh mengharmonikan rasa kasih suami dan suami akan terasa nikmat jika semasa mengesat itu, isteri mengusap dan meramas-ramas serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami. – See more at: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/cara-bersetubuh-dalam-islam.html#sthash.WfmF6EKP.dpuf

Jangan Takut Untuk Kahwin Muda



Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Khamis, 4 Julai 2013

Tips Mudah Bersalin


1. Dua minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.


2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.


3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

jom sama2 share untuk ibu2 di luar sana 

DOA SITI AMINAH - amalan untuk ibu mengandung.

Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, juga elok membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia.

Doa ini jika sentiasa diamalkan oleh si ibu, selain selamat anak dalam kandungannya Insyaallah, juga akan memudahkan proses bersalinnya nanti. Boleh juga di doakan untuk keselamatan anak-anak kita yang berada di kejauhan. Sebagai ibubapa sudah tentu akan ada rasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan memegang perut bagi ibu mengandung :


ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ

“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”

ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.

Rabu, 3 Julai 2013

Hukum Bersalin Dengan Doktor Lelaki

Barangkali kerana fenomena ini sudah terlalu biasa, masyaratkat mengambil ringan mengenai hukum agama. Hanya segelintir yang bersuara untuk menegakkan hukum agama dan mengetahui sejauh manakah tahap darurat yang mengharuskan doktor lelaki mengambil alih tugas itu.

Soalan:


Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Keluarga Muslim, KL

Jawapan:



Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.


Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.


Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.


Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.


Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.


Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.


Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.


Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…


sumber dari: http://newsmediahunterz.blogspot.com/2013/05/hukum-bersalin-dengan-doktor-lelaki.html