~YeaY giyomi~
Pagi ni bidadari saye tiba-tiba tanya:
"Abang tau tak hari ni hari apa?"
Saya cakap: "isnin..."
Dia jawab:
"Maksudnya,hari ini cukup setahun kita kawen...! Yeaaay..!"
Saya jawab:
"Oh..........ni mesti terpengaruh dengan video budak sekolah kapel seminggu tu...... "=.=. "
Saya balas la: " haaa ni teddy bear saya,saya beli kat padang besaq,morrraahh ja,RM12 ja,mai la peghlih(perlis),jangan beli satu,beli la banyak-banyak!yeaaay!giyomi! " :D (kepada yang tak faham tu search la kat youtube "parodi kapel seminggu loghat utara",paham-paham sendiri lah!)
Actually~masa berlalu dengan sangat cepat,macam tak percaya je dah cukup setahun saya kawen,baby pun tiba-tiba muncul dalam hidup saya(baby dah tembam gile sekarang~)..
Rasa macam cepat sangat sebab walaupun dah cukup setahun kawen,tapi saya masih boleh kira dengan jari berapa kali saya makan dengan tangan saya sendiri..hahaha~maknanya tiap hari bidadari saya lah suapkan makan,walaupun lepas dapat baby,bapak baby tetap disuap lepas baby disuap susu... :D
Ini bukan status jiwang ke romeo ke,sebenarnya suap menyuap makan sesama suami isteri ni antara nasihat berharga yang syeikh saya bagi masa mula-mula saya kawen dulu,dia pesan:
"kamu dan isteri makan kena bersuap tau,dan jangan sesekali makan pinggan asing-asing,mesti makan dalam pinggan yang sama..ini sunnah nabi yang mulia,kalau kamu nak rumah tangga kamu bahagia,amalkan sunnah ni,insya-allah rumah tangga akan sentiasa sweet,tak de gaduh-gaduh,tak de salah faham,tak de masalah nusyuz dan lain-lain.."
Alhamdulillah,berkat amalan sunnah ni,memang menjadi,tak ada masalah,tak ada gaduh,sentiasa sweet macam budak baru kapel seminggu walaupun dah cukup setahun ni~so kepada kawan-kawan yang dah kawen tu,start la amal sunnah ni,tak mau suap sepinggan nasik pun tak pe,suap je semulut amek berkat..hehe insyallah rumah tangga bahagia...
Pengalaman: semasa saya bersafar di india beberapa tahun lepas untuk ziarah ulama hadis di sana,saya bertemu dengan sorang pakcik malaysia ni,dia orang tabligh,tengah berdakwah kat sana...kami sembang la,dia pun cerita pengalaman dia berkawen dah 50 tahun,sejak dia mula kawen sampai ke hari ini dia amalkan sunnah tu (makan bersuap dengan isteri dan makan sepinggan),anak-anak dia ada 13,makan pakai talam ramai-ramai,dia dan isteri makan sepinggan dan saling suap menyuap walaupun dah tua bangka,hasilnya selama 50 tahun rumah tangga dia bahagia,anak-anaknya semua jadi hafiz hafizah al-quran 30juzuk dan khatam belajar kutub sittah(6 kitab hadis sahih),anak-anaknya semua taat,yang perempuan berpurdah,dia dan isteri tak pernah sekali pun bergaduh selama 50 tahun diorang kawen...
Terlopong lah jugak dengar...
Tapi bila ustaz saya sendiri nasihat perkara yang sama,saya semakin yakin dan amalkan sendiri dan memang terbukti ianya berkesan kerana sememangnya dalam setiap amalan sunnah nabi,walaupun sekecil-kecil sunnah,memang ada kejayaan... :)
Bak kata orang-orang jeles masa saya memula kawen dulu:
"Eleh orang baru kawen memang lah semuanya sweet,nanti tunggu lepas 6-7 bulan,baru dia tau.."
Eeuuwww~Whatever~ (tangan ke bahu,mata ke atas)
Isnin, 15 Julai 2013
Ahad, 14 Julai 2013
Kaedah Wardina Safiyyah Mendidik Anak Solat 5 Waktu.
Assalamualaikum,
Hye semua. Alhamdulillah, paper cik atynn dah habis. And, maybe tomorrow cik atynn akan balik rumah. I'm coming home !! suka sukaa.. Okay, hari tu cik atynn ada gode2 FB then terjumpa tentang cara wardina safiyyah mendidik anak dia mendirikan solat sejak kecik. Walaupun cik atynn tak kahwin lagi, nie adalah 1 panduan untuk cik atynn satu hari nanti. InsyaAllah ^^, Dan ini juga boleh dijadikan panduan untuk ibu2 dan bapa2 yang nak mendidik anak mereka solat 5 waktu sejak berumur 7 tahun. Semoga bermanfaat :)
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

*****
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Nota Hati : Semoga entry ini bermanfaat untuk semua ibu2 dan bakal2 ibu diluar sana. Didik lah anak solat sejak berumur 7 tahun. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. :)
Orang yang Pertama
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
=Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :
=Nabi Ismail AS.
=Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :
=Nabi Ibrahim AS.
=Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
=Nabi Ibrahim AS.
=Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
=Nabi Adam AS.
=Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
=Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
=Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
=Nabi Muhammad SAW
=Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
=Abu Bakar AsSiddiq RA
=Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
=Umar bin Al-Khattab RA
=Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
=Al-Hasan bin Ali RA
=Al-Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
=Thuwaibah RA
=Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
=Al-Harith bin Abi Halah RA
=Al-Harith bin Abi Halah RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
=Sumayyah binti Khabbat RA
=Sumayyah binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
=Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
=Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
=Saad bin Abi Waqqas RA
=Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
=Bilal bin Rabah RA
=Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
=Ali bin Abi Tholib RA
=Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
=Tamim Ad-dary RA
=Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
=Az-Zubair bin Al-Awwam RA
=Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
=Ibban bin Othman bin Affan RA
=Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
=Khadijah binti Khuwailid RA
=Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
=Imam Syafie RH
=Imam Syafie RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
=Ali bin Abi Tholib RA
=Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
=Muawayah bin Abi Sufyan RA
=Muawayah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
=Harun Ar-Rasyid RH
=Harun Ar-Rasyid RH
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal :
=Umar Al-Khattab RA
=Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
=Ali bn Abi Tholib RA
=Ali bn Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
=Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
=Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
=Mus’ab bin Umair RA
=Mus’ab bin Umair RA
30. Orang yang pertama masuk Syurga :
=Nabi Muhamamad SAW
=Nabi Muhamamad SAW
#PerkongsianBersamaItulahDiaOrangYangPertama#
ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya."
KHADIJAH AL-KHUWAILID, ISTERI TERBAIK
Siapakah wanita pertama yang beriman di saat semua orang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW?
Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya di saat semua orang enggan memberinya?
Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah keturunan?
Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami di saat semua orang membencinya?
Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah al-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murobbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.

Profil Khadijah
Beliau ialah Ummu al-Qasim binti Khuwailid bin Asad bin Abdul ‘Uzza bin Qushai bin Kilab. Lahir di Ummul Qura (Makkah) sekitar 15 tahun sebelum Tahun Gajah. Keturunan suku Quraisy dari keluarga Bani Asad.
Menurut Az-Zubair bin Bakkar, sejak zaman jahiliyyah, beliau dikalungkan gelaran al-Thahirah (wanita suci) oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sukakan kebersihan dan kesucian. Ibunya bernamaFatimah binti Za’idah al-A’miriyah.
Beliau merupakan seorang usahawan wanita terkemuka. Sangat berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kafilah dagang Khadijah yang dihantar ke Syria menyamai konsortium beberapa kafilah dagang Quraisy.
Sebelum dikurniakan darjat sebagai Ummul Mukminin yang pertama, Khadijah telah beberapa kali menikah. Suami pertamanya adalah Abu Halah bin Zurarah al-Tamimi.
Setelah kematian suaminya, beliau menikah lagi dengan A’tiq bin A’bid bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Namun, perkahwinan itu tidak kekal. Ramai pembesar Quraisy yang melamar Khadijah namun ditolak kesemuanya.

Pemuda yang berjaya menambat hatinya ialah Muhammad bin Abdullah yang ketika itu berusia 25 tahun. Lebih muda 15 tahun daripada usianya. Hiduplah beliau di sisi Muhammad sebagai tauladan isteri paling solehah sepanjang zaman.
Khadijah di Hati Nabi
Khadijah merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Beliau dimuliakan suami ketika hidup dan sesudah wafat. Pengorbanan beliau sentiasa dikenang. Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.
Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).
Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

Keutamaan Khadijah
Antara keutamaan Khadijah yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah:
1. Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.
2. Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436).
3. Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia.
4. Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.
5. Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah.
6. Insan pertama solat bersama Nabi.
7. Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.
8. Orang pertama menerima salam daripada Allah.
9. Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar).
10. Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.

Ibu yang Barakah
Khadijah melahirkan keturunan bagi Nabi. Permata hati mereka seramai 6 orang iaitu 2 lelaki dan empat perempuan. Mereka adalah Al-Qasim, Abdullah, Fatimah, Ummu Kulthum, Zainab dan Ruqayyah. (Rujuk Dalailun Nubuwwah, al-Baihaqi, hlm. 70).
Beliau tabah menerima takdir apabila semua puteranya dijemput mengadap Allah ketika masih kecil. Keberkatannya terserlah apabila dipilih oleh Allah SWT untuk melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Fatimah binti Muhammad.

Kematangan Khadijah
1. Matang memilih pasangan hidup
Beliau menolak sekian banyak lamaran tokoh-tokoh Quraisy kerana dapat menduga ketertarikan mereka lebih kepada tamakkan harta Khadijah. Wanita yang matang menilai ini menemui keluhuran akhlak pada peribadi Nabi yang amanah menguruskan hartanya bukannya diperhambakan oleh harta. Peribadi Rasulullah SAW dirisik melalui hamba lelakinya Maisarah.
Hasrat hati lalu diungkapkan melalui sahabat karibnya, Nafisah binti Munabbih. Beliau tidak mengungkapnya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita. Rasulullah SAW menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu, disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka, Abu Thalib, Hamzah dan bapa-bapa saudara Nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah, A’mr bin Asad untuk meminang Khadijah bagi pihak Muhammad.
Walaupun menikahi seorang lelaki miskin bernama Muhammad, Khadijah bahkan terasa makin kaya. Kaya harta dan ditambah kaya jiwa. Kekayaan budi pekerti Muhammad menambahkan kekayaan hidupnya. Apatah lagi, Muhammad sangat cekap berniaga, amanah dan datang daripada keturunan terhormat.

2. Segera menyahut kebenaran
Pada suatu hari, Rasulullah SAW pulang ke rumah setelah diajar Jibril cara mengerjakan solat. Rasulullah SAW pulang dan mengkhabarkan kepada Khadijah. Khadijahpun segera minta diajar dengan berkata, “Tunjukkanlah kepada dinda apa yang ditunjukkan Jibril kepada kanda.”
Rasulullah SAW lantas mengajarnya berwudhuk dan solat. Kemudian, mereka solat bersama-sama. Setelah solat, Khadijah bersaksi atas kerasulannya. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Kitab Al-Ishaabah, “Riwayat ini merupakan bukti paling jelas tentang keislaman Khadijah.”
Saat itu, solat lima waktu belum diwajibkan. Solat yang diajar Jibril hanyalah solat dua rakaat di waktu pagi dan solat dua rakaat di waktu malam.
3. Menghormati Ibu Susuan Nabi
Khadijah dengan senang hati bersama suaminya membawa Ummu Aiman, ibu susuan Nabi ke rumahnya setelah pernikahan mereka. Ummu Aiman yang berjasa itu dimuliakan seperti memuliakan ibu kandungnya sendiri.
Bukan itu sahaja, ketika Halimatus Saadiah datang mengadu kepada Nabi tentang penderitaan kemiskinan di Kampung Bani Saad, Khadijah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor kambing dan seekor unta untuk membawa air dan bekalan yang cukup. Beliau sedar, suaminya membesar dalam pelukan Halimah. Kampung Bani Saad itu pula penuh nostalgia dalam hari-hari kecil suaminya. Itulah cara Khadijah memuliakannya.
4. Peka membaca apa yang disukai Nabi
Khadijah tahu bahawa Nabi amat menyukai hambanya, Zaid bin Haritsah. Tanpa berlengah lagi, beliau menghadiahkan hambanya itu kepada suami tercinta. Zaid lalu dimuliakan Nabi menjadi anak angkatnya dengan gelaran Zaid bin Muhammad sebelum larangannya disyariatkan.
5. Menenangkan suami yang ketakutan
Dalam peristiwa agung penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira’, prosesnya amat berat dan melelahkan. Gema suara Jibril yang menyeru ‘Bacalah!’ terasa amat menggerunkan. Rasulullah SAW pulang dalam keadaan ketakutan.
“Selimuti kanda! Selimuti kanda!” Pinta Rasulullah tatkala disambut isterinya.
Setelah itu, Rasulullah berkongsi ketakutannya dengan isteri tercinta. Dengan lembut bicara dan tenang wajahnya, Khadijah menghiburkan, :”Jangan khuatir. Berbahagialah, sesungguhnya Allah tidak mungkin akan menghinakan kanda dengan kejadian itu. Selama ini kanda sering menyambung silaturrahim, jujur dalam berbicara, meringankan beban orang yang susah, membantu orang yang lemah, menghormati tamu, dan mendukung setiap kebenaran.” (Rujuk Sahih Muslim).
Beliau dengan bijaksana membawa suaminya berjumpa Waraqah bin Naufal yang alim. Ia makin meneguhkan keyakinan suaminya.
6. Menjadi orang pertama memeluk Islam
Imam Izzuddin bin al-Atsir rahimahullah berkata, “Khadijah adalah manusia pertama yang memeluk Islam” (Usudul Ghaabah, hlm. 78). Dialah peneguh dakwah Nabi. Mengorbankan seluruh kekayaannyademi agama yang diimani. Saat orang Islam ditindas, didera dan dipulaukan, beliau tetap di belakang suami, seorang Nabi.
Allah Berkirim Salam
Inilah peribadi Khadijah yang menerima salam daripada Allah SWT. Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan kemari. Ia membawa bekas yang berisi kuah, makanan dan minuman. Jika ia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa ia mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dan tidak melelahkan.” (Muttafaqun alaih).
Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, “Adakah buluh yang berada di sekitar ini?” Rasulullah menjawab, “Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian.”
Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, “Adakah buluh yang berada di sekitar ini?” Rasulullah menjawab, “Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian.”
Tahun Kedukaan
Apabila dakwah Islam mencecah tahun kesepuluh dan mengalami pelbagai peristiwa besar, Rasulullah SAW mengalami ujian getir apabila Allah menjemput kekasih hatinya. Dialah Khadijah yang teguh berdiri di belakangnya selama ini. Hati bertambah pilu apabila kematian Khadijah disusuli kematian Abu Thalib yang turut banyak membantu dakwah baginda. Hingga diisytiharkan tahun itu sebagai Tahun Kedukaan.
AKTIVITI2 JANIN2 DALAM RAHIM ANDA!!!
Janin dalam kandungan merupakan suatu individu yang baru yang mempunyai keunikan dan keajaiban tersendiri dalam aktiviti kehidupan dalam rahim (intra uterin)
1. Bilakah janin boleh mendengar?
- Memasuki usia kehamilan enam bulan atau 24 minggu janin mampu mendengar. segala aktiviti dalam tubuh ibu menjadi irama nada indah bagi janin. sambil berbaring selesa dalam rahim, janin mendengar degup jantung ibu, suara bising usus, dan pelbagai suara ketika ia bermain air ketuban. bagi ibu hamil, disarankan untuk memberikan rangsangan positif dari luar tubuhnya dan menjaga setiap ucapan, elakkan pertengkaran dan suara keras antara suami isteri agar janin tidak mengalami stress

2. Bilakah janin suka menghisap dan merasa?
- Pada janin usia 16 minggu, ia sudah mampu untuk merasa air ketuban dan mulutnya melakukan gerakan menghisap. kecerdasan awal bagi janin dalam menikmati rasa mula berkembang
- Pada janin usia 16 minggu, ia sudah mampu untuk merasa air ketuban dan mulutnya melakukan gerakan menghisap. kecerdasan awal bagi janin dalam menikmati rasa mula berkembang
3. Bilakah janin peka terhadap cahaya dari luar?
- Usia empat bulan janin sudah peka terhadap cahaya. walaupun suasana rahim gelap, janin mampu membezakan terang ketika ada rangsangan cahaya dari luar tubuh ibunya. para penyelidik cuba merangsang mata janin dengan memberikan sorot cahaya dengan menyinari perut ibu, dan mata janin mengerlip ketika cahaya diarahkan ke wajahnya.

Apa yang perlu diperhatikan ibu hamil untuk kebaikan janin dalam rahim?
• menerima dengan ihklas semua perubahan tubuh, suka duka saat menjalani kehamilan.
• makan makanan seimbang bagi pertumbuhan janin dalam kandungan
• menjaga emosi dan fikiran yang tenang dari mula hamil
• menjaga hubungan harmoni antara suami dan isteri, hindari kekerasan dalam rumah tangga.
• memberikan rangsangan muzik yang lembut pada dinding perut ibu, lantunan doa, menyentuh perut ibu dengan usapan lembut sambil berbual dengan janin dalam kandungan

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan matanya.
8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Langgan:
Catatan (Atom)