Isnin, 29 Julai 2013

Dilema Hutang: Sejenak kita renungkan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Ya Allah! Aku berlindung kepada Mu daripada kedukaan dan kesusahan, dan berlindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

InsyaAllah, amalkan doa ini untuk melepaskan diri daripada beban hutang.



Bolehkah kita melalui kehidupan yang sementara ini tanpa berhutang? Adakah manusia di dunia ini yang tidak pernah berhutang? Namun persoalan yang lebih penting ialah adakah kita TELAH MELUNASKAN semua hutang-hutang kita? Hutang kepada ibu, ayah, adik-beradik, rakan taulan, institusi kewangan dan lain-lain pemberi pinjaman lagi...


Anda berada dalam golongan yang mana sebagai penghutang?

Golongan 1.
Orang yang bertanggungjawab terhadap hutang-hutangnya. Tahu yang hak dan yang batil. Beriltizam dan komited untuk melunaskan segala hutang-hutangnya. Sanggup berjimat-cermat, memenuhi keperluan hidup sekadar yang ada dan tidak berlebih-lebihan dalam kehidupan demi untuk melunaskan hutang-hutang yang ada.

Golongan 2.
Orang yang memandang remeh tentang hutang-hutangnya. Sanggup melengah-lengahkan urusan membayar hutang sehingga menjejaskan kehidupan si pemberi hutang. Tidak mementingkan keberkatan dalam menjalankan kehidupan diri, isteri/suami dan anak-anak.

Golongan 3.
Orang yang berhutang tetapi memang tidak berniat untuk membayar atau melunaskan hutang-hutangnya padahal dia mampu untuk melakukannya. Tidak mempedulikan halal haram apa yang dimakan oleh dirinya, suami/isterinya dan anak-anaknya. Suka menganggap “Hangus/Burnt” terhadap hutang-hutangnya terutama hutang-hutang terhadap keluarga terdekat seperti ibu, ayah, adik-beradik dan saudara-mara kerana menganggap “tidak apa, mereka ahli keluarga, lambat laun mereka akan halalkan hutang saya.”

Golongan 4.
Orang yang berhutang tetapi memang tidak mampu untuk melunaskan hutang-hutangnya. Hutang sini sana, gali lubang untuk tutup lubang. Sepanjang hayat hidup dibebani dengan hutang.


Renung-renungkanlah. Alhamdulillah, sekirannya berada dalam golongan 1. Dukacita sekirannya anda termasuk dalam golongan 2, 3 dan 4 kerana anda berada dalam kerugian.

Pelbagai raut wajah dipaparkan, senyuman manis diberi sebagai pujukan, muka kasihan ditonjolkan agar orang simpati, janji bayar balik yang berkobar-kobar untuk meyakinkan si peminjam.

Tetapi apabila tiba untuk membayar hutang, pelbagai alasan diberi. Bila hutang mula ditagih, pelbagai masalah dijadikan alasan. Banyak tanggungan, pendapatan tidak seberapa, banyak komitmen kepada yang lain, adakalanya sanggup mengalirkan air mata palsu untuk mengelak diri daripada membayar hutang. Dalam pada masa yang sama mampu pula memiliki rumah dan kereta, mampu membeli barangan keperluan seperti peralatan elektrik, perabot dan pakaian yang berjenama. Mampu pergi melancong bersama suami/isteri dan anak-anak dua atau tiga kali setahun. Tetapi dalam soal membayar hutang? Tidak mampu?

 Hutang dengan institusi kewangan dibayar tepat pada masanya, kalau tidak tindakan mahkamah akan diambil. Tahu takut kalau tidak membayar hutang. Tetapi, kalau hutang itu kepada ibu, ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau sanak-saudara, dilengah-lengahkan atau dilupakan sahaja. Tingginya nilai yang diletakkan kepada institusi kewangan berbanding nilai ibu, ayah, adik-beradik dan sanak-saudara. Nescaya golongan ini tidak akan beroleh keberkatan dalam hidup.


KETAHUILAH TENTANG HUKUM DAN PANDANGAN ISLAM DALAM HAL HUTANG

Kepenting dalam urusan melunaskan hutang boleh kita nilaikan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad SAW:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain : 
Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa berhutang adalah amalan yang kurang baik menurut pandangan Islam. Terlebih lagi pentingnya dalam urusan hutang ini ialah keperluan dan kewajiban untuk melunaskan hutang-hutang yang ada. Justeru, kita sewajarnya kita menjauhi hutang semampu yang boleh. Beberapa panduan di bawah perlu difikirkan untuk memastikan tanggungan dan beban hutang kita dapat dikurangkan dan seterusnya dilunaskan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari – 41/585)
Menurut rasulullah SAW, orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah SAW dalam sabdanya yang maksudnya: “Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya.”


Antara ikhtiar yang disarankan oleh agama Islam untuk umatnya bagi menjauhi amalan berhutang termasuklah berdoa. Kenapa kita selalu diminta berdoa? Jawapannya ialah kerana kita hanyalah hamba-Nya yang lemah dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada ALLAH SWT.

Doa adalah senjata kita. Segala yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendak Allah. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar bersunguh-sungguh . Setelah berusaha dan berikhtiar barulah kita disarankan untuk berdoa dan berserah kepada Allah jua.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W ini khusus supaya kita dilindungi daripada keadaan duka dan keluh kesah, dijauhi sifat malas, takut dan bakhil, jauh daripada beban hutang dan juga penindasan orang.

Mulakanlah usaha anda untuk melangsaikan hutang-hutang anda dengan mengamalkan doa yang dipaparkan di awal tulisan ini. InsyaAllah, bila kita istiqomah, Allah SWT akan membantu kita meringankan beban hutang kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Rabu, 24 Julai 2013

ANDAI LELAKI TAHU

 ANDAI LELAKI TAHU 


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

7 tingkatan Neraka


Jahannam - Disediakan untuk umat Nabi Muhammad yang beriman, namun melakukan dosa kecil dan besar serta mati dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah. Juga disediakan bagi pengikut syaitan. 

Ladzha - Disediakan untuk orang yang mendustakan agama islam, orang yang bakhil dan orang Yahudi. 

Huthamah - Disediakan untuk orang yang suka mengumpat dan mencela.

Sa'ir - Disediakan untuk orang Nasrani (Kristian) dan pengikutnya. Juga disediakan untuk mereka yang memakan harta anak yatim.

Saqar - Disediakan untuk penyembah patung berhala, orang yang meninggalkan solat fardhu dan orang Majusi (penyembah api).

Jahim - Disediakan untuk orang musyrik, orang syirik, orang yang menyekutukan Allah (orang hang sesat).

Hawiyah - Disediakan untuk orang munafiq, orang kafir, orang yang ringan timbangan amalnya, musuh para Nabi seperti Abu Jahal, Firaun, Haman dan Qarun.

Adapun Iblis, ia ditempatkan dalam Neraka, Allah sahaja yang tahu tempatnya.

Selasa, 23 Julai 2013

Untuk Kamu..


setiap bait kata yang tercoret didalam gambar ini menggambarkan isi hati aku pada si dia. pertama kali dan satu2 nya insan yang mampu membuka hati ku. Si dia yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang hamba kepada Allah, insan dan wanita yang lebih baik dari sebelum ini. Melalui si dia, Allah memberikan aku hidayah dan kekuatan utk berubah menjadi yang lebih baik. Hanya utk satu tujuan.. Untuk menggapai cinta dan redha Allah..


Fitrah seorang insan yang diciptakan Allah adalah untuk mencari pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga yang Sakinah, termasuklah diriku..huhu.. mengimpikan si dia menjadi pasangan ku didunia dan akhirat merupakan satu impian ku sejak mula mengenali si dia. Kepada Allah aku meminta dalam doa-doa di setiap solat ku agar pertemukan jodohku dengan si dia. kerana aku tahu, ajal dan pasangan jodoh kita xboleh ditunda, dilambatkan dan ditukar. kerana itu rahsia hanya Allah yang Maha Mengetahui.


sebelum melangkah ke alam perkahwinan, sedikit sebanyak aku mula menyiapkan diri aku sendiri sama ada dari segi mental, dan fizikal. perkahwinan tanpa ilmu, ibadah tanpa ilmu, maka pincanglah ia. perkahwinan bukan semata2 utk menghalalkan apa yang haram sebelum kahwin. tapi perkahwinan itu satu amanah yang perlu dipikul sebaik sahaja selesai akad nikah itu. 


kepada si dia, seandainya kamu membaca coretan ku yang tidak seberapa ini. terima kasih.. melalui kamu, Allah memberiku kekuatan utk berubah. mencintai kamu membuatkan aku ingin menjadi lebih baik dari dahulu. terima kasih kerana membimbing aku. terima kasih kerana bertegas dengan aku. terima kasih kerana bersabar dengan ku. terima kasih atas nasihat2 kamu. terima kasih terima kekurangan aku. terima kasih atas segala2nya. kepada Allah aku meminta agar Dia sentiasa menjaga dan melindungi kamu walau dimana pun kamu berada. muga kita dipertemukan dalam jodoh yang telah ditulis oleh Yang Maha Esa.


aku ingin kamu ketahui bahawa aku mencintai, menyayangi kamu kerana Allah, kerana 'agama' yang ada didalam diri kamu yang mungkin kamu tidak sedar. seandainya telah tersurat dan tersirat jodoh aku bersama kamu yang telah ditulis Allah di Luh Mahfuz, aku pinta pada kamu agar terima aku apa adanya, bimbing aku untuk menggapai dan meraih redha dan cinta Allah. ajar aku tentang nilai2 islam dan terapkan nilai2 islam dalam rumah tangga. berlemah lembut serta berhemah dalam mendidik, membimbing apatah lagi menasihati aku. kerana aku hanya seorang Hawa yg diciptakan dari rusuk kiri Adam yang bengkok. 


P/S --> setiap manusia punyai masa silam. begitu juga aku, kamu dan kamu. toleh sebentar di masa silam kita dan amik pengajaran sekaligus berusaha utk perbaiki diri kita sendiri di masa sekarang dan akan datang. sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. apapun masa silam kamu, siapa pun kamu sebelum2 ni. seandainya kamu benar2 bertaubat dengan taubat Nasuha. aku percaya darjat dan kedudukan kamu lebih tinggi dan taubat mu di terima Allah..



Isnin, 22 Julai 2013

Beza Antara Lelaki & Wanita


Lelaki 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya 
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??! 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

---------------------------------------

Wanita 

- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
- Saksinya kurang berbanding lelaki. 
- Menerima pusaka kurang dari lelaki. 
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. 
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 
MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita ....

Jangan Sampai Kita Lupakan!



Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami,
beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW
bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad
fi sabilillah bersama Baginda.

Lalu Rasulullah SAW bertanya :
“Apakah ibumu masih hidup?”
Beliau menjawab : “Masih.”
Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda :
“Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”

Hadis ini menjelaskan bahawa tugas anak berbakti
kepada ibu adalah lebih besar ganjarannya
daripada berjihad di jalan Allah.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan
Saidatina Aisyah yang bermaksud :

“Aku pernah bertanya kepada Baginda :
“Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?”
Baginda menjawab : “Orang yang paling berhak
kepada isteri ialah suaminya.”

Kemudian aku bertanya lagi :
“Dan siapakah orang yang paling
berhak ke atas suami?”
Baginda menjawab : “Orang yang paling berhak
ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”
(Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak
adalah di bawah tapak kaki ibu,
tetapi syurga bagi seorang isteri ialah
di bawah tapak kaki suaminya.

Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan
seseorang bersujud kepada orang lain,
nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud
kepada suaminya.”
(Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:

Menyakiti hati suami

Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa sunat dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

Meminta cerai tanpa sebab

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

·Menolak bersetubuh tanpa alasan

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Seorang gadis beragama Islam yang jahil
bertanya pada seorang Ustaz :
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Ustaz itu terkedu.

Ustaz itu menjawab : "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka,
saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang.
Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang.
Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde.
Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik."

Gadis tu terkejut.
Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Jelas ustaz itu lagi : "Perkara macam tadi akan berlaku
kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat,
semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik?
Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji
sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.
Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.
Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa adil ke?"

Gadis itu terdiam.

Ustaz : "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.
Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka,
yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang.
Kita sedang diuji kat atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah.
Ingatlah, semua yang ada pada kita bukan hak kita.
Semuanya adalah pinjaman dari Allah Taala.