Rabu, 21 Ogos 2013

tanggungjawab suami dan isteri..cerita utk panduan..


Pasti ramai lelaki diluar sana tak setuju dengan perkara ini. Antara agama dan adat. Dalam keadaan semasa bukan zaman nenek moyang kita, Adalah lebih baik dan manis jika semua hal ehwal rumah tangga itu dilakukan bersama2 sepertimana isteri yang membantu suami mencari nafkah untuk keluarga. Namun jika isteri itu redha mengambil alih tugas suami maka hal ini boleh diabaikan. Namun yang dibimbangkan isteri hanya mengumpul dosa kerana merungut kerana keletihan memikul "tanggungjawab" suami itu.

kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

Isnin, 5 Ogos 2013

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Khamis, 1 Ogos 2013

10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU


1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"


2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.


3. "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"

4. "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"

5. "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"

6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"

9. "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"

10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."

Isnin, 29 Julai 2013

Dilema Hutang: Sejenak kita renungkan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Ya Allah! Aku berlindung kepada Mu daripada kedukaan dan kesusahan, dan berlindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

InsyaAllah, amalkan doa ini untuk melepaskan diri daripada beban hutang.



Bolehkah kita melalui kehidupan yang sementara ini tanpa berhutang? Adakah manusia di dunia ini yang tidak pernah berhutang? Namun persoalan yang lebih penting ialah adakah kita TELAH MELUNASKAN semua hutang-hutang kita? Hutang kepada ibu, ayah, adik-beradik, rakan taulan, institusi kewangan dan lain-lain pemberi pinjaman lagi...


Anda berada dalam golongan yang mana sebagai penghutang?

Golongan 1.
Orang yang bertanggungjawab terhadap hutang-hutangnya. Tahu yang hak dan yang batil. Beriltizam dan komited untuk melunaskan segala hutang-hutangnya. Sanggup berjimat-cermat, memenuhi keperluan hidup sekadar yang ada dan tidak berlebih-lebihan dalam kehidupan demi untuk melunaskan hutang-hutang yang ada.

Golongan 2.
Orang yang memandang remeh tentang hutang-hutangnya. Sanggup melengah-lengahkan urusan membayar hutang sehingga menjejaskan kehidupan si pemberi hutang. Tidak mementingkan keberkatan dalam menjalankan kehidupan diri, isteri/suami dan anak-anak.

Golongan 3.
Orang yang berhutang tetapi memang tidak berniat untuk membayar atau melunaskan hutang-hutangnya padahal dia mampu untuk melakukannya. Tidak mempedulikan halal haram apa yang dimakan oleh dirinya, suami/isterinya dan anak-anaknya. Suka menganggap “Hangus/Burnt” terhadap hutang-hutangnya terutama hutang-hutang terhadap keluarga terdekat seperti ibu, ayah, adik-beradik dan saudara-mara kerana menganggap “tidak apa, mereka ahli keluarga, lambat laun mereka akan halalkan hutang saya.”

Golongan 4.
Orang yang berhutang tetapi memang tidak mampu untuk melunaskan hutang-hutangnya. Hutang sini sana, gali lubang untuk tutup lubang. Sepanjang hayat hidup dibebani dengan hutang.


Renung-renungkanlah. Alhamdulillah, sekirannya berada dalam golongan 1. Dukacita sekirannya anda termasuk dalam golongan 2, 3 dan 4 kerana anda berada dalam kerugian.

Pelbagai raut wajah dipaparkan, senyuman manis diberi sebagai pujukan, muka kasihan ditonjolkan agar orang simpati, janji bayar balik yang berkobar-kobar untuk meyakinkan si peminjam.

Tetapi apabila tiba untuk membayar hutang, pelbagai alasan diberi. Bila hutang mula ditagih, pelbagai masalah dijadikan alasan. Banyak tanggungan, pendapatan tidak seberapa, banyak komitmen kepada yang lain, adakalanya sanggup mengalirkan air mata palsu untuk mengelak diri daripada membayar hutang. Dalam pada masa yang sama mampu pula memiliki rumah dan kereta, mampu membeli barangan keperluan seperti peralatan elektrik, perabot dan pakaian yang berjenama. Mampu pergi melancong bersama suami/isteri dan anak-anak dua atau tiga kali setahun. Tetapi dalam soal membayar hutang? Tidak mampu?

 Hutang dengan institusi kewangan dibayar tepat pada masanya, kalau tidak tindakan mahkamah akan diambil. Tahu takut kalau tidak membayar hutang. Tetapi, kalau hutang itu kepada ibu, ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau sanak-saudara, dilengah-lengahkan atau dilupakan sahaja. Tingginya nilai yang diletakkan kepada institusi kewangan berbanding nilai ibu, ayah, adik-beradik dan sanak-saudara. Nescaya golongan ini tidak akan beroleh keberkatan dalam hidup.


KETAHUILAH TENTANG HUKUM DAN PANDANGAN ISLAM DALAM HAL HUTANG

Kepenting dalam urusan melunaskan hutang boleh kita nilaikan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad SAW:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain : 
Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa berhutang adalah amalan yang kurang baik menurut pandangan Islam. Terlebih lagi pentingnya dalam urusan hutang ini ialah keperluan dan kewajiban untuk melunaskan hutang-hutang yang ada. Justeru, kita sewajarnya kita menjauhi hutang semampu yang boleh. Beberapa panduan di bawah perlu difikirkan untuk memastikan tanggungan dan beban hutang kita dapat dikurangkan dan seterusnya dilunaskan.

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari – 41/585)
Menurut rasulullah SAW, orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah SAW dalam sabdanya yang maksudnya: “Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya.”


Antara ikhtiar yang disarankan oleh agama Islam untuk umatnya bagi menjauhi amalan berhutang termasuklah berdoa. Kenapa kita selalu diminta berdoa? Jawapannya ialah kerana kita hanyalah hamba-Nya yang lemah dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada ALLAH SWT.

Doa adalah senjata kita. Segala yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendak Allah. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar bersunguh-sungguh . Setelah berusaha dan berikhtiar barulah kita disarankan untuk berdoa dan berserah kepada Allah jua.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W ini khusus supaya kita dilindungi daripada keadaan duka dan keluh kesah, dijauhi sifat malas, takut dan bakhil, jauh daripada beban hutang dan juga penindasan orang.

Mulakanlah usaha anda untuk melangsaikan hutang-hutang anda dengan mengamalkan doa yang dipaparkan di awal tulisan ini. InsyaAllah, bila kita istiqomah, Allah SWT akan membantu kita meringankan beban hutang kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Rabu, 24 Julai 2013

ANDAI LELAKI TAHU

 ANDAI LELAKI TAHU 


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

7 tingkatan Neraka


Jahannam - Disediakan untuk umat Nabi Muhammad yang beriman, namun melakukan dosa kecil dan besar serta mati dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah. Juga disediakan bagi pengikut syaitan. 

Ladzha - Disediakan untuk orang yang mendustakan agama islam, orang yang bakhil dan orang Yahudi. 

Huthamah - Disediakan untuk orang yang suka mengumpat dan mencela.

Sa'ir - Disediakan untuk orang Nasrani (Kristian) dan pengikutnya. Juga disediakan untuk mereka yang memakan harta anak yatim.

Saqar - Disediakan untuk penyembah patung berhala, orang yang meninggalkan solat fardhu dan orang Majusi (penyembah api).

Jahim - Disediakan untuk orang musyrik, orang syirik, orang yang menyekutukan Allah (orang hang sesat).

Hawiyah - Disediakan untuk orang munafiq, orang kafir, orang yang ringan timbangan amalnya, musuh para Nabi seperti Abu Jahal, Firaun, Haman dan Qarun.

Adapun Iblis, ia ditempatkan dalam Neraka, Allah sahaja yang tahu tempatnya.

Selasa, 23 Julai 2013

Untuk Kamu..


setiap bait kata yang tercoret didalam gambar ini menggambarkan isi hati aku pada si dia. pertama kali dan satu2 nya insan yang mampu membuka hati ku. Si dia yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang hamba kepada Allah, insan dan wanita yang lebih baik dari sebelum ini. Melalui si dia, Allah memberikan aku hidayah dan kekuatan utk berubah menjadi yang lebih baik. Hanya utk satu tujuan.. Untuk menggapai cinta dan redha Allah..


Fitrah seorang insan yang diciptakan Allah adalah untuk mencari pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga yang Sakinah, termasuklah diriku..huhu.. mengimpikan si dia menjadi pasangan ku didunia dan akhirat merupakan satu impian ku sejak mula mengenali si dia. Kepada Allah aku meminta dalam doa-doa di setiap solat ku agar pertemukan jodohku dengan si dia. kerana aku tahu, ajal dan pasangan jodoh kita xboleh ditunda, dilambatkan dan ditukar. kerana itu rahsia hanya Allah yang Maha Mengetahui.


sebelum melangkah ke alam perkahwinan, sedikit sebanyak aku mula menyiapkan diri aku sendiri sama ada dari segi mental, dan fizikal. perkahwinan tanpa ilmu, ibadah tanpa ilmu, maka pincanglah ia. perkahwinan bukan semata2 utk menghalalkan apa yang haram sebelum kahwin. tapi perkahwinan itu satu amanah yang perlu dipikul sebaik sahaja selesai akad nikah itu. 


kepada si dia, seandainya kamu membaca coretan ku yang tidak seberapa ini. terima kasih.. melalui kamu, Allah memberiku kekuatan utk berubah. mencintai kamu membuatkan aku ingin menjadi lebih baik dari dahulu. terima kasih kerana membimbing aku. terima kasih kerana bertegas dengan aku. terima kasih kerana bersabar dengan ku. terima kasih atas nasihat2 kamu. terima kasih terima kekurangan aku. terima kasih atas segala2nya. kepada Allah aku meminta agar Dia sentiasa menjaga dan melindungi kamu walau dimana pun kamu berada. muga kita dipertemukan dalam jodoh yang telah ditulis oleh Yang Maha Esa.


aku ingin kamu ketahui bahawa aku mencintai, menyayangi kamu kerana Allah, kerana 'agama' yang ada didalam diri kamu yang mungkin kamu tidak sedar. seandainya telah tersurat dan tersirat jodoh aku bersama kamu yang telah ditulis Allah di Luh Mahfuz, aku pinta pada kamu agar terima aku apa adanya, bimbing aku untuk menggapai dan meraih redha dan cinta Allah. ajar aku tentang nilai2 islam dan terapkan nilai2 islam dalam rumah tangga. berlemah lembut serta berhemah dalam mendidik, membimbing apatah lagi menasihati aku. kerana aku hanya seorang Hawa yg diciptakan dari rusuk kiri Adam yang bengkok. 


P/S --> setiap manusia punyai masa silam. begitu juga aku, kamu dan kamu. toleh sebentar di masa silam kita dan amik pengajaran sekaligus berusaha utk perbaiki diri kita sendiri di masa sekarang dan akan datang. sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. apapun masa silam kamu, siapa pun kamu sebelum2 ni. seandainya kamu benar2 bertaubat dengan taubat Nasuha. aku percaya darjat dan kedudukan kamu lebih tinggi dan taubat mu di terima Allah..