Rabu, 21 Ogos 2013

tanggungjawab suami dan isteri..cerita utk panduan..


Pasti ramai lelaki diluar sana tak setuju dengan perkara ini. Antara agama dan adat. Dalam keadaan semasa bukan zaman nenek moyang kita, Adalah lebih baik dan manis jika semua hal ehwal rumah tangga itu dilakukan bersama2 sepertimana isteri yang membantu suami mencari nafkah untuk keluarga. Namun jika isteri itu redha mengambil alih tugas suami maka hal ini boleh diabaikan. Namun yang dibimbangkan isteri hanya mengumpul dosa kerana merungut kerana keletihan memikul "tanggungjawab" suami itu.

kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

Isnin, 5 Ogos 2013

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Khamis, 1 Ogos 2013

10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU


1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"


2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.


3. "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"

4. "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"

5. "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"

6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"

9. "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"

10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."