Rabu, 29 Ogos 2012

Solat sunat Taubat..



Solat Taubat

Salam..
korang pernah tak rasa bersalah pada diri sendiri? atau rasa bersalah pada org lain? atau mungkin lebih besar, rasa bersalah terhadap Allah?
oleh sebab aku xde idea nk tulis ape, so ape kata kite smua baca tentang cara nak buat solat sunat taubat. untuk aku, untuk korang, untuk smua..


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktumakruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

Sheikh Ahmad Deedat..Pendakwah Islam Terunggul yang Belum Ada Pengganti.



Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat

Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz (lahir 1 Julai 1918 – meninggal 8 Ogos 2005 ketika umur 87 tahun) adlh seorg cendekiawan Muslim dlm bidang perbandingan agama (comparative religion). Beliau juga merupakan seorg pengarang, pensyarah, dan juga pemidato. Beliau dikenali dunia sebagai salah seorg pakar pembicara yg amat handal khususnya dlm sesi perdebatan umum yg memerihalkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama-agama lain. Pada tahun 1957, Deedat bersama dua org temannya tlh mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI)& beliau tlh menjadi Presidennya sehingga tahun 1996. Deedat meninggal dunia akibat angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996.

Profil

Masa kecil
Deedat dilahirkan di daerah Surat, India, pd thn 1918. Beliau tdk dpt kekal bersama dgn ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adlh seorg tukang jahit, akibat drp profesinya itu (ayah Deedat) tlh berhijrah / berimigrasi ke Afrika Selatan tdk lama setelah kelahiran Ahmed Deedat. Tanpa pendidikn formal & utk menghindari dari kemiskinan yg amat melarat, Ahmed Deedat tlh pergi ke Afrika Selatan utk mendapatkan kehidupan yg lebih baik bersama ayahnya pd tahun 1927. Perpisahan Deedat dgn ibunya pd tahun kepergiannya ke Afrika Selatan utk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dlm hidupnya krn ibunya tlh meninggal dunia bbrp bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).

Di negeri yg asing, seorg anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal & penguasaan bahasa Inggeris tlh mula menyiapkan peranan yg harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.

Ketekunannya belajar, anak laki-laki kecil tersebut tdk hanya dpt mengatasi hambatan bahasa asing, ttp juga unggul di sekolahnya. Kegemaran & hobi Deedat dlm membaca tlh menolongnya utk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pd darjah 6. Kekurangan pembiayaan pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun utk pertama kalinya beliau bekerja dlm bidang retail (runcit).

Pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yg tdk henti-henti drp siswa Misionaris menentang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim tlh menanamkan keinginan beliau yg membara utk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yg salah itu.

Mempelajari kitab Bible
Ahmed Deedat tlh berjaya memperolehi sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik & keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yg sgt besar dlm membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris & pemerintahan India. Secara khusus, idea utk menangani debat tlh berpengaruh besar dlm jiwa & diri Ahmed Deedat. Ahmed Deedat juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.
Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat & diskusi dgn siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dlm menghadapi argumen balik Ahmed Deedat, scr peribadi tlh memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris utk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.

Keberhasilan-keberhasilan ini tlh memacu Ahmed Deedat utk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, & persinggahan sebentar selama 3 thn ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tdk mengurangi keinginannya utk membela Islam drp penyimpangan-penyimpangan yg memperdayakan hasil drp para misionaris Kristian.
Dgn semangat misionaris utk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat tlh membenamkan dirinya pd sekumpulan kegiatan lbh dari 3 dekad yg mendatang. Beliau memimpin kelas bg matapelajaran Injil & memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut utk melatih para pendakwah Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk Masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.
Ahmed Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI). Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu material kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan Mubaligh Kristian pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.
Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan berprestij yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Akhir hayat
Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Beribu orang yang kebanyakan dari umat Islam telah berhimpun di rumahnya dan menunaikan Solat jenazah untuknya. Lantas jasad beliau dimakamkan di pemakaman Verulam.

Karya tulisan
Buku The Choice: Dialog Islam-Kristian adalah buku antara paling terlaris dijual di dunia yg ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini telah disebarkan secara meluas ke Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.
Dalam buku ini Deedat mengupas persoalan perbezaan antara Islam & Kristian. Beliau mengupas habis-habisan beberapa kesalahan yg beliau temukan dalam Alkitab baik dalam Perjanjian Lamadan Perjanjian Baru.
Berkat usaha penulisan dan penerbitan buku ini pula, beberapa tokoh Kristian telah memeluk Islam. Diantaranya adalah Kenneth Jenkins (Abdullah al-Faruq) dan mantan misionaris Gary Miller (Abdul-Ahad Omar).

Terdapat juga naskah pita kaset rakaman suara yg diterjemahkan drp bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia yg diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Da'i dgn judul Benarkah Jesus Tuhan: Debat Kontemporer Ahmed Deedat vs Dr Anis Shorosh. Pita kaset rakaman ini diambil drp suatu sesi perdebatan berprestij atr Ahmed Deedat(sebagai pendebat Islam) dan Dr Anis Shorosh (sebagai pendebat Kristian) pada tahun 1985. Perdebatan telah berlaku di Dewan Utama Royal Albert Hall, London, Britain. Beribu pendengar telah hadir ke dalam sesi perdebatan antaranya adalahYusuf Islam (penyanyi Cat Steven). Hasil sesi perdebatan tersebut tlh berjaya mengajak lbh byk masyarakat dunia khususnya masyarakat London utk memahami Islam scr lbh mendalam.

Nama Sebenar: Ahmed Hussein Deedat
Lahir : 1 Julai 1918
Tempat Asal: Surat, Gujarat, India
Meninggal: 8 Ogos 2005 (umur 87)
Menetap: Verulam, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan Ethnicity India
Pekerjaan: Cendekiawan Muslim, pendakwah, pensyarah, penceramah bebas


Sumber:
Halim Fansuri – 16 Januari 2010/30 Muharram 1431H/2106H)

di mana nama Muhammad dalam bible?- ni jawapan nya


jawapan utk soalan 'di mana nama Muhammad dalam bible' ni aku petik dari sebuah video debat antara islam dan kristian di mana seorang wakil penganut kristian bernama Jimmy Swaggart melontarkan soalan ini kepada Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. terjemahan dalam bahasa melayu aku lampirkan dibawah..semoga ia dapat menjadi perisai utk kita bila hadapi serangan soalan2 dari org kristian tentang Muhammad..InsyaAllah..

terjemahan dalam bahasa melayu:

Jimmy Swaggart 
"Jika benar kenabian Muhammad, buktikan kepada saya dimanakah nama muhammad didalam kitab bible. saya sudah membacanya beratus2 dan beribu2 kali, dan telah mempelajarinya secara mendalam, tidak ada 1 pun perkataan Muhammad di dalam bible." dan dengan bongkaknya Swaggart menyambung, "dari mana datangnya Muhammad yang langsung tidak disebut dalam bible. yang ada cuma Jesus Christ!"

Memang. memang xde pun. xde langsung dalam bible. so macam mana kita nak jawab kalau orang bukan islam serang kita dengan soalan mcm ni? ofkoz kite xdpt nk jawab kalau kite x tahu kan? sebab tu aku nk share jawapan untuk soalan ni. harap korang dapat copy and paste kat mana2 sebagai salah 1 senjata kita. nanti ade masa aku bg lg info lain plak.

deedat tidak menjawab pada waktu tersebut kerana lari dari topik ketika itu, tetapi menjawabnya pada sebuah debat yang lain.
ok, nk tau Ahmad Deedat jawab ape?
dia kata:
"memang dalam kitab yang Swaggart baca dan pelajari itu tidak ada! langsung tidak ada! sebab yang beliau baca adalah dalam bahasa inggeris! yang beliau baca ialah kitab yang mengubah nama Isa Al-maseh kepada Jesus Christ!"

sambung Deedat, "Bible atau al-Injil yang asal adalah dalam bahasa Hebrew (bahasa kaum yahudi kuno). Swaggart sudah tentu sudah membaca Song Of Solomon chapter 5 verse 16 " untuk pengetahuan, Song of Solomon adalah salah satu "surah" dalam bible.

Deedat memegang sebuah bible dan berkata 
 "dalam kitab bible Old testament, bukan yang diterjemah dalam bahasa inggeris tetapi yang masih dalam bahasa Hebrew, anda semua (orang2 kristian) bukalah mukasurat tentang Song Of Solomon chapter 5 verse 16, berbunyi (deedat membaca dalam bahasa Hebrew):


טז  חִכּוֹ, מַמְתַקִּים, וְכֻלּוֹ, מַחֲמַדִּים; זֶה דוֹדִי וְזֶה רֵעִי, בְּנוֹת יְרוּשָׁלִָם"
Tz ẖik̇wò, mamĕţaqi̇ym, wĕkul̇wò, maẖàmadi̇ym; zeh dwòdiy wĕzeh réʻiy, bĕ̇nwòţ yĕrẇşá̌liám

"manakala terjemahannya dalam Bible versi rom/ english bermaksud"


His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem."

"Inilah dia masalah ahli2 kitab injil sejak dulu lagi. mereka suka mengubah nama2 nabi kepada nama2 lain, malah mengubah nama Muhammad kepada perkataan yang tidak merujuk kepada seorang manusia! dalam kitab bible hebrew, sudah jelas sekali perkataan Mahamadiym dan terjemahan ayat itu sepatutnye berbunyi, He is Muhammad, dan bukannya He is altogether lovely. memang maksud Muhammad adalah 'yang terpuji' dan 'altogether lovely' juga merujuk kepada perkataan ' yang terpuji', tetapi kata nama khas tidak boleh diterjemah kepada kata nama am. contohnya nama Aswad (hitam), tetap akan diterjemah sebagai Aswad dan bukannya black. jadi jelas di sini nama Muhammad sebenarnya wujud tetapi terjemahan bible yang bertukar2 tangan menyebabkan nama Muhammad itu hilang"


so inilah jawapan untuk soalan "dimanakah nama Muhammad dalam Bible". next time kalau ada orang tanya mcm ni, kita jawab, "song of solomon, chapter 5, verse 16, IN HEBREW"


oh ya, kalau nk tambah kuat lagi, tanya mereka soalan ni, "dimana letaknya nama Christ dalam Bible asli?" nama Jesus berasal dari nama Hebrew, Isos. Dalam bahasa arab disebut Isa. ok la,  yg tu boleh lah dianggap berkaitan. tp nama penuhnya dalam Hebrew adalah Isos el Messiah, dalam Arab adalah Isa Al-Masih, macam mana dari el-messiah, kepada al-masih, tibe2 kepada Christ??? 

jawapan kepada soalan "kenapa Allah memanggil diri-Nya sebagai Kami sedangkan Islam mengajar bahawa Allah itu satu"


kali ni aku nk kongsi lagi 1 senjata untuk kita jawab persoalan orang2 bukan islam tentang agama kita. seperti yang korang tahu, aku banyak merujuk kepada syarahan atau debat yang dihuraikan oleh Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Kenapa aku banyak merujuk kepada beliau? sebab beliau telah menghafaz, mengkaji dan memahami keempat2 kitab2 suci dari zabur hinggalah alquran. beliau juga  menjawab pertanyaan orang2 kristian berdasarkan Bible,  bermakna jawapan yang beliau berikan tidak dapat disangkal oleh pihak kristian. jika dia menjawab berdasarkan alquran, orang2 kristian akan menjawab, "itu buku kamu, bukan buku kami'. sebab itu lah aku suka pendekatan yang digunakan oleh Ahmad Deedat. menghuraikan pertikaian orang2 kristian terhadap islam melalui kitab mereka sendiri.

Dipendekkan cerita, Jimmy Swaggart (orang yang bertanya tentang nama Muhammad di dalam Bible) bertanya kepada Ahmad Deedat, "Jika benar Tuhan itu hanya 1, dan bukan 3 seperti konsep trinity dalam Bible, kenapa Allah menyebut nama-Nya di dalam al-Quran sebagai 'Kami'?" persoalan ini sebenarnya juga banyak dipersoalkan oleh orang2 islam sendiri. 

merujuk kepada persoalan tersebut, jawapannya sebenarnya mudah je. cuma mungkin info x sampai kepada kita. ok meh aku huraikan berdasarkan ape yg aku dapat dari video debat islam vs kristian, ahmad deedat vs jimmy swaggart.

Dulu mase sekolah, time belajar bahasa inggeris, kita diajar tentang single dan plural kan?
kalau seekor kucing kita sebut cat, manakala kalau lebih dari seekor kita sebut sebagai cats kan?

Dalam bahasa arab, terdapat 2 jenis plural, iaitu plural of numbers, dan satu lagi ialah plural of respect.

Plural of numbers same je macam dalam bahasa inggeris. iaitu sebutan plural yang digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada 1. contohnya, perkataan "I" disebut sebagai "We" jika bilangan orang yang dirujuk adalah melebihi seorang.

Plural of respect pula merujuk kepada darjat. contohnya, seorang sultan akan memanggil dirinya sebagai 'kami' apabila bertitah kepada rakyatnya. begitu juga dengan seorang general yang memberi ucapan kepada tentera2 peringkat bawahan.

Plural of respect inilah yang digunakan oleh Allah di dalam ayat2-Nya. membuktikan kebesaran-Nya, serta mengasingkan perkataan2 'aku' yang merujuk kepada orang2 lain daripada perkataan 'aku' yang merujuk kepada-Nya.

so, dengan mudah persoalan tentang perkataan "Kami" terjawab. tapi memandangkan bahasa Inggeris tidak ada konsep plural of respect, ada 1 pertanyaan yang Ahmad deedat berikan kepada pihak kristian dan mereka tidak dapat menjawab.

soalannya ialah, jika benar Tuhan itu 3 (menurut konsep Trinity dimana Tuhan adalah God, Jesus Christ, dan  Holy Spirit), kenapa dalam Bible tidak ada 1 pun perkataan GODS. semuanya ditulis sebagai GOD, sedangkan dalam bahasa inggeris tidak ada konsep plural of respect? bukankah dalam plural of numbers, 3 God perlu disebut Gods?

Al-Quran ada sebab yang kukuh untuk wujud perkataan "Kami" sebab ada plural of respect.
Bible pula tak ada sebab yang kukuh untuk menulis tuhan mereka yang 3 sebagai GOD dan bukannya GODS.

di akhir jawapan Deedat, beliau berkata, " if its 3 Gods, say it on your bible. Say the word GODS. but why in the whole bible, it says GOD instead of GODS??? what excuse do u have, to say it like that? if that's not a mistake of facts,  that must be a mistake of language! and do your 3 gods make mistakes???"


ha.. tu la dia... sila sampai2kan kepada yang tak tahu ye.. salam.

Kunci ke Syurga - Kisah Perdebatan Seorang Pemuda Islam dan Paderi



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.
Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.
Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t.
memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung
tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.
Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun
memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di
salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan
penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut
mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak
dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,"Aku minta dia
keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "Barulah pemuda ini
beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda
tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan
keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,tujuannya
untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. "Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya..

"Sebutkan satu yang tiada duanya, 
dua yang tiada tiganya, 
tiga yang tiada empatnya, 
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya, 
tujuh yang tiada delapannya, 
delapan yang tiada sembilannya, 
sembilan yang tiada sepuluhnya, 
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
 sebelas yang tiadadua belasnya, 
dua belas yang tiada tiga belasnya, 
tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa
yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang pendusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon
apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah
sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan
ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'izat yang diberikan kepada
Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan.
Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am:160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'izat Nabi Musa yang
terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air
untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. "(At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah
kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami inggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara
Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara
adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat ,Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab
dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu
adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya
kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah
sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi.


Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja
itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan
namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "jawapannya ialah: 
Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertaqwa..
Subhanallah..Maha Suci Allah..