Selasa, 23 April 2013
kadang2 payah jadi orang yang jenis tadah ni.
orang pijak kepala-- senyap.
orang tujal maruah-- senyum.
orang lantun bahasa-- angguk.
orang campak tahi-- sambut.
atas dasar
"berdiam itu lebih elok".
kadang2 payah jadi orang jenis tadah ni.
sebab orang fikir: "dia boleh makan".
sebab orang rasa: "dengan dia takpe".
sebab orang agak: "dia takkan melawan".
sebab orang yakin: "dengan dia boleh".
tapi orang jenis tadah ni seperti kita semua--
adalah manusia.
dan manusia--
ada sedikit perangai binatang di sekali sekala.
kalau pun hari2 dia seperti kucing,
jaga2--
esok mungkin jadi singa.
kalau pun hari2 dia seperti arnab,
elok2--
esok mungkin jadi naga.
kalau orang sanggup mutasikan kulit jadi besi waja,
janganlah asyik dirodok atas dasar:
"ah dia takkan tercalar punya".
manusia tetap manusia.
dan senjata yang paling kalis kebal adalah kata2.
para isteri,
kalau hari2 dok tuduh suami ada betina--
dari tak ada--
besok dia cari juga.
para kekasih,
kalau hari2 dok cakap tak sayang--
dari sungguh cinta--
besok terus dia angkat kaki begitu sahaja.
bukan sekali kita dengar kisah manusia biasa snap dan terus takik kepala orang yang dia paling sayang dalam dunia.
a mind can only take how ever much they can take.
maka jaga2.
maka elok2.
kata kuncinya di sini;
jangan pernah persoal kenapa seseorang itu beralih fitrahnya--
berubah kebiasaannya--
kalau semedang di hari2 baju besi menangkis kata2mu itu semakin terhakis.
kadang2,
tanya diri kita.
manusia berubah kerana dia berubah--
atau kerana KITA memaksa ubahnya?
empang paling tebal dalam dunia pun--
yang paling kukuh--
yang paling teguh--
kalau tersisip pasir sehari sebutir--
lama2 terpecah jua.
-copy from someone-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan