Isnin, 8 April 2013

kenapa orang islam sembah bangunan kain hitam (Kaabah)



S: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

T: "Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

S: "Baitullah tu apa?"

T: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

S: "Allah ada dalam tu?"

T: "Tak....."

S: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

T: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

S: "Kamu sembah apa?"

T: "Saya sembah Allah swt"

S: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

T: "Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

S: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

T: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

S: "Pernah...... selalu.."

T: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

S: "Tengok perlawanan bola la.."

T: "Di mana?"

S: "Dalam tv la.."

T: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

T: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

S: "So..?"

T: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

S: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

T: "Peliknya.."

S: "Sebab apa pulak pelik?"

T: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

S: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

T: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

S: "Ya.. tak pelik.."

T: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan