Selasa, 9 April 2013

kaum hawa..sayangi diri kita..kerana diri kita begitu berharga..



Baju ketat,seluar sendat,lengan baju sekerat,seluar singkat,merupakan tren atau fesyen remaja dizaman jahiliah modern ini.Mengapa mutakhir ini dunia seakan-akan tandus,,kering daripada golonggan hawa yang memilih corak pakaian yang selaras dengan tuntutan dan perintah daripada Allah swt..adakah ini berlaku disebabkan Kita yang hidup dizaman 2010 ini merupakan zaman modern yang mana hukum yang diturunkan oleh Allah swt tidak lagi releven dilaksanakan dan diadaptasikan dalam kehidupan seharian??..Benar Islam itu agama yang mudah,,tetapi jangan kita Memudahkan Islam itu..

   

Yang menjadi persoalannya,,mengapa ramai wanita mutakhir ini,,cenderung berpakaian seksi.Sehingga boleh segenap incin tubuh dilihat dengan jelas atau dalam bahasa lebih mudah, mengenakan Fesyen “Berpakaian tetapi bertelanjang”.Bukan lah ingin menghina,apatah lagi mencerca,,tetapi coretan ini lahirnya ia kerana mata yang setiap hari merana melihat penghinaan terhadap hukum yang sudah jelas ditetapkan oleh Allah swt didalam Al-quran.. “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”surah al-ahzab ayat 59.
Pembaratan atau penjajahan minda yang dilakukan oleh yahudi dan nasrani,dilihat berjaya apabila,,Ramai anak-anak orang Islam tanpa rasa bersalah dan segan silu mengenakan pakaian yang seksi yang berkiblatkan minda sekularism dan pluralism Yahudi.Sehingga boleh kita lihat situasi yang mana si Ibu memakai tudung,,si anak memakai skirt,,sibapa memakai kupiah si anak memakai jeans ketat berambut karat..Inilah kejayaan hasil daripada pejuangan menghancurkan umat Islam melalui jarum yang sangat halus iaitu “Perempuan.”



Tetapi Islam itu agama yang benar,,yang diredhai oleh Allah swt,,agama yang tidak langsung boleh dibatasi oleh benteng bangsa,,mahupun keturunan.oleh sebab Islam itu lebih bersifat mencegah lebih baik daripada mengubati,satu bentuk cara hidup yang hakiki serta sesuai dan mudah dilaksanakan,sejak awal lagi telah menutup jarum yang boleh digunapakai oleh golongan musuh-musuh Islam bagi memusnahkan umat Islam,,dengan menyuruh kaum perempuannya menutup aurat.Bukan kerana Islam itu menyekat extrimis,,bukan sebab Islam itu lapuk,,bukan sebab Islam itu tidak menghormati wanita tetapi Islam itu Fitrah yang menyelamatkan manusia daripada kebinasaan.. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah an-Nur ayat 31..



Tetapi timbul lagi pesoalan.Mengapa satu perlindungan dan peninggian darjat yang dikurniakan oleh Allah swt,,tuhan sekalian makhluk kepada hamba yang bergelar Perempuan kini,,ditolak mentah-mentah...mengapa??...adakah hamba yang dikenali dengan nama perempuan ini suka berada dalam kehinaan sebagaimana yang pernah dilalui oleh makhluk yang dipanggil wanita dizaman sebelum kedatangan Islam??yang mana darjat wanita tidak lebih dari sampah,,yang hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu dan langsung tiada hak dalam institusi masyarakat..adakah itu yang dimahukan??..realiti keadaan masyarakat hari ini seolah-olah berlumba-lumba menuju kearah kehinaan tersebut..Kita boleh lihat dizaman ini,,wanita giat dieksploitasi,,diperagakan,,dijaja tubuh badan,,dihias bagi mengiurkan setiap mata yang memandang yang membawa kepada kejijikan penzinaan dan pembunuhan Bayi yang tidak berdosa...sedarkah kita?? “setiap daripada kamu adalah pemimpin,,dan setiap daripada kamu bertanggungjawap atas apa yang dipimpin” jika pendedahan aurat,,menjadi contoh ikutan maka secara automatik,kalian adalah pemimpin kepada kebinasaan dan kehancuran..maka bertangungjawaplah dihadapan Allah swt kelak..



Bukanlah coretan ini mahu menghina,,tetapi ingin memperingatkan yang terlupa,,menyedarkan yang terlalai,,membangunkan yang terleka,,,menguatkan yang lemah,,,mendorongkan yang buntu,,menunjukkan yang silap..ketahuilah sesungguhnya Allah swt menciptakan syurga seluas langit dan bumi,,yang mana didalamnya dialirkan sungai-sungai serta didalamnya penuh kenikmatan yang tiada berkesudahan,,kecantikkan yang belum pernah dilihat,,kesedapan yang belum pernah dirasa,,ketenangan yang belum pernah dikecapi. Jadi marilah sama-sama kita kembali kepada Fitrah asal kita,,iaitu Islam,,,sesungguhnya hanya dengan Rahmat Allah kita dapat melakukan sesuatu serta menghidari sesuatu,, “mohonlah kepadaKU(Allah swt) nescaya akan aku khabulkan” ya ukhti,,kembalilah memakai pakaian yang menutup aurat,,berlandaskan syariat,,,yakinlah mereka yang mujahadah dalam melaksanakan perintah Allah swt akan diberikan keberkatan,,samaada didunia mahupun akhirat,,,ubat itu biasanya pahit,,tetapi ianya untuk penyembuhan,,,suatu perkara lumrah apabila seseorang perempuan itu ingin melaksanakan perintah Allah swt spt menutup aurat,,,akan wujud 3 golongan yang menjadi penghalang iaitu syaitan yang membisikkan keraguan dan keluh kesah,nafsu yang tidak dibajai dengan iman dan takwa,dan kawan-kawan yang tidak memahami agama.Oleh sebab itu dalam melakukan perubahan,,sangat penting kita mencari sahabat yang mempunyai kefahaman Islam bagi membimbing kita menjana perubahan dalam diri,,jika kita tidak mempunyai sahabat yang boleh membimbing,,carilah para ustaz,ustazah yang boleh membimbing,,,biar kita malu sedetik di dunia daripada kita dihina oleh Allah swt selama-lamanya di akhirat kelak..



Saya yakin ramai perempuan di luar sana ada keinginan untuk menutup aurat,,,kembali meninggikan maruah diri yang tergadai disebabkan persekitaran dan kefahaman yang kurang mengenai hukum menutup aurat..pesan saya,,jika ada niat tersebut,,laksanakan!! Segera yang boleh kerana tiada jaminan akan ada esok hari,,dan tiada jaminan hidayah itu akan kembali lagi..jadi mujahadah,,tekatkan hati untuk melakukan perubahan pada diri,,,yakinlah perubahan yang baik pada hari ini akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar dihari akan datang..sesungguhnya dosa itu menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan keluh kesah,dan kebaikan dalam melaksanakan amal kebajikan itu membuahkan ketenangan,,biarpun badai yang memukul..akhirnya “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah!) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” an-Nur ayat 21..kita semua tidak terlepas dari dosa jadi sama-sama kita kembali bertaubat memohon keampunan Allah swt,,ketahuilah sesungguhya Rahmat Allah swt itu mendahului kemurkaanya”
Wallahu’alam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan