Ahad, 14 Julai 2013

AKTIVITI2 JANIN2 DALAM RAHIM ANDA!!!

Janin dalam kandungan merupakan suatu individu yang baru yang mempunyai keunikan dan keajaiban tersendiri dalam aktiviti kehidupan dalam rahim (intra uterin)
1. Bilakah janin boleh mendengar?
- Memasuki usia kehamilan enam bulan atau 24 minggu janin mampu mendengar. segala aktiviti dalam tubuh ibu menjadi irama nada indah bagi janin. sambil berbaring selesa dalam rahim, janin mendengar degup jantung ibu, suara bising usus, dan pelbagai suara ketika ia bermain air ketuban. bagi ibu hamil, disarankan untuk memberikan rangsangan positif dari luar tubuhnya dan menjaga setiap ucapan, elakkan pertengkaran dan suara keras antara suami isteri agar janin tidak mengalami stress

2. Bilakah janin suka menghisap dan merasa?
- Pada janin usia 16 minggu, ia sudah mampu untuk merasa air ketuban dan mulutnya melakukan gerakan menghisap. kecerdasan awal bagi janin dalam menikmati rasa mula berkembang

3. Bilakah janin peka terhadap cahaya dari luar?
- Usia empat bulan janin sudah peka terhadap cahaya. walaupun suasana rahim gelap, janin mampu membezakan terang ketika ada rangsangan cahaya dari luar tubuh ibunya. para penyelidik cuba merangsang mata janin dengan memberikan sorot cahaya dengan menyinari perut ibu, dan mata janin mengerlip ketika cahaya diarahkan ke wajahnya.

Apa yang perlu diperhatikan ibu hamil untuk kebaikan janin dalam rahim?
• menerima dengan ihklas semua perubahan tubuh, suka duka saat menjalani kehamilan.
• makan makanan seimbang bagi pertumbuhan janin dalam kandungan
• menjaga emosi dan fikiran yang tenang dari mula hamil
• menjaga hubungan harmoni antara suami dan isteri, hindari kekerasan dalam rumah tangga.
• memberikan rangsangan muzik yang lembut pada dinding perut ibu, lantunan doa, menyentuh perut ibu dengan usapan lembut sambil berbual dengan janin dalam kandungan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan