Khamis, 11 Julai 2013

episod 1

Assalamualaikum w.b.t, 

Insyaallah, pada bulan Ramadhan tahun ini, saya akan berkongsi kepada teman2 semua mentadabbur ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah hingga surah mana yang sempat...

ok, surah al-Baqarah merupakan surah terpanjang dalam al-Quran manakala lawannya ialah surah al-Kautsar iaitu ayat yang terpendek....

di dalam surah al-Baqarah, ianya mempunyai 20 episod perjalanan cerita...

hari ni, saya akan sentuh dua episod terus...tp episod kedua sy akan cerita di sebelah petang nanti...

episod 1, ianya bermula dari ayat 1-25...di dalam episod ini, Allah menjelaskan ttg ciri2 orang beriman iaitu percaya pd alam ghaib, mndirikan solat dan memberi sedekah/zakat...Allah juga menjelaskan ttg ciri2 orang kafir/munafik...disini berlaku dialog antara orang tidak beriman dgn kewujudan Allah...mereka menipu Allah dan org beriman dgn mngatakan mereka beriman padahal itu sume dusta je..pastu, mereka mngaku juga yg mereka xbuat kerosakan atas muka bumi, padahal mereka melakukannya ttpi mereka xsedar...mereka juga perolokkan org beriman dgn gelaran org bodoh sedangkan dia yang bodoh tp mereka xsedar yg dia bodoh...kalau diaorng kata beriman pun, tp bila kembali ke kumpulan2 mereka, mereka hanya menyamar sahaja...mcm kes Ubaidah sebelum peristiwa perang Badar..Ubaidah bangsa Yahudi (kalau silap nama, mohon betulkan) ni merupakan raja bg negeri Madinah setelah berjaya mndamaikan kaum Aus dan Khazraj masa peperangan But'as...tp dia rasa xselesa bila penduduk Madinah suka akan Nabi Muhammad s.a.w...jadi dia plan nak bunuh Muhammad itu...tp, rancangannya gagal sehingga dia terdetik untuk menyamar memeluk Islam...bila ia mnyamar, ia boleh lihat strategi Islam dalam menjatuhkan Yahudi...jadi, itulah maksud dlm surah al-Baqarah tadi...mereka kata mereka beriman, tp setelah kembali pd kumpulan2 mereka, mereka berkata pd kumpulan mereka, bahawa mereka hanya menyamar sahaja..jika ayat ni turun bukan kerana peristiwa itu, kita boleh ambil ia sbg pngajaran...akhir sekali, Allah melabelkan golongan ini sbg golongan yg membeli kesesatan dgn petunjuk dan tmpatnya di neraka...

di muka surat seterusnya, Allah mmbuat perumpamaan pd golongan kafir/munafik ini dengan cahaya lampu serta kilat....sehinggakan saat keadaan kilat menyambar, golongan ini berjalan mngikut cahaya itu, tp once kilat itu hilang, golongan ini jadi bingung tidak tahu nak kemana..jika Allah berkehendak, Dia boleh saja nak hilangkan pendengaran dan penglihatan golongan itu sehingga meraba meraba2...Allah sgt bengang dgn mereka tp pada masa sama kasihan..jika lihat pd ayat seterusnya, Allah menyeru semua manusia....sekali lagi, semua manusia...bukannya khas pd org beriman..Allah menyeru pada umat manusia utk berbuat kebaikan serta mndirikan solat agar kita semua jd golongan yg bertaqwa pada Allah...tp, jika still ada golongan yang ingkar, Allah mencabar mereka utk datangkan satu kitab yang serupa dengan al-Quran dan bawakan semua berhala2 utk melindunginya jika mereka dari golongan yg benar...lihatlah ugutan Allah pd mereka yg ingkar ni..dan Allah tahu, mereka pasti tidak dapat melakukannya...oleh itu, Allah menyeru mereka untuk melakukan ketaatan..

dan pada muka surat setrusnya, Allah membuat kesimpualan terhadap org2 beriman ini dgn memberi ganjaran yg hebat iaitu syurga dimana didalamnya ada buah2an yg serupa saat di dunia dahulu tp rasanya jauh lebih enak dari di dunia dahulu...mereka juga dikurniakan dgn pasangan2 yang suci dan indah rupa...golongan ini akan kekal selama2nya di dalam syurga....

ok, jadi sebagai rumusan episod ini...Allah hanya mnceritakan ttg sifat2 golongan org beriman, kafir dan munafik...Allah juga memberi perumpamaan pd mereka...di episod kedua nanti, kita akan dpt lihat yg Allah xmalu pun nk buat misalan dan serba sdikit ttg dialog Nabi Adam, malaikat serta Allah...nantikan episod 2 pada ptg ini...jangan kemana2...stay tuned...insyaallah dlm pukul 4, episod 2 akan dilancarkan....

Selamat berpuasa dan tingkatkan amalan ibadat kita...gunakan kesempatan bulan Ramadhan ini utk memaksimakan amalan ibadah kamu...pd yg ade hutang solat tu, setelkan cepat2 dulu..barulah buat solat sunat spt dhuha, tahajud, dan witir....

Assalamualaikum ^^


sumber: fb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan