Khamis, 11 Julai 2013

episod 2

Assalamualaikum w.b.t, 

Seperti yang dijanjikan, pada petang ini, sebelum kita menjamah waktu berbuka, eloklah kita merenung msj Allah dari ayat 26-43 dari suah al-Baqarah...

Sebelum saya mlangkah ke episod dua ini, mari kita imbas smula pd episod pertama..di episod pertama, kita sudah didedahkan dgn perumpamaan yang Allah tujukan khas pada golongan org2 kafir/munafik ini...jadi, dalam episod kedua ini (ayat 26-43), Allah skali lagi memberi mesej mngenai perumpamaan...iaitu dgn perumpamaan ini, ade golongan yg boleh jadi kafir/munafik dan boleh jadi org beriman...kat sini, Allah beritahu bahawa Allah xde malu sikit pun nak buat perumpamaan hatta sebesar seekor nyamuk sekalipun...jadi, di kesempatan ini, sy pun nak buat satu perumpamaan juga...

tahu x kalian, mengapa Allah menyuruh kita berpuasa, solat 5 waktu, bersedekah dimana pd pandangan org jahil, ianya buang masa...sekarang ayuh kita bandingkan dgn kehidupan kita semasa di alam rahim...di sana, kita hanya memberi fokus pada tali pusat semata2...even sudah wujud tangan, kaki, mulut dan sbg...tp pada saat itu, bayi tersebut xnmpak apa kepentingan anggota2 itu, apa yg bayi tu nmpak cumalah tali pusat sahaja...sehinggakan bila bayi itu transfer ke dunia nyata, barulah bayi itu sedar bahawa tali pusat itu tidak penting ttpi yg penting ialah anggota2 tubuh yang lain..akhirnya bayi itu td terpaksa bermula dari zero dlm mnggunakan anggota2nya yang dipinggirkan dahulu....begitu juga dgn kehidupan kita atas dunia sementara ini...pada kita, kita nmpak, wang ringgit, pangkat, keturunan itu adalah segala2nya sehingga kita butakan mata kita dari melihat seni solat, baca al-quran, bersedekah dan lain2 lagi...akibatnya, apabila ita ditransferkan ke alam akhirat, baru kita sedar bahawa pangkat, duit, harta itu tidak penting mana pun...ttpi amalan seperti zikir, solat, sedekah itulah yang akan mnolong kita di alam akhirat ini...spt bayi td, bayi td ade kesempatan utk mngguna semula anggota tubuhnya itu, ttpi bila dari alam nyata ke alam akhirat, kita xde kesempatan utk beramal semula....itulah kerugian sebenar2nya....

jadi, sy harap, dgn perumpamaan pendek ini dpt menginsafkan kita semua...ok, sy teruskan dgn msg Allah lagi...kemudian Allah hairan, kenapa ade segelintir ingkar dgn arahan Allah sdangkan dulu, mereka diciptakan dari air yg hina...Allah itu mmpunyai kerajaan yang besar...di muka surat seterusnya, wujud dialog antara Allah, Nabi Adam dan para malaikat.... pada ayat 30, Allah berhasrat nak cipta seorang khalifah di bumi, tp malaikat seakan membantah...kata malaikat, kenapa Allah mahu mencipta individu yg akan hancurkan dunia bbnding mereka yg sntiasa memuji Allah..kata Allah, "Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu"...kemudian, Alah mngajarkan semua nama pd Adam dan mnyuruh malaikat itu beri jawapan jika malaikat itu berada di pihak yg benar...lantas kata malaikat, "Maha Suci Allah, tidak ada yg kami ketahui selain apa yg Engkau ajarkan pada kami"..itulah jawapan rendah diri dari malaikat...adakah kita sebegitu atau sesuka hati memberi hukum yg tidak pasti...sendiri renung2kan...lantas Allah perintahkan Adam utk ceritakan semuanya dan malaikat semua kagum..dgn itu, Allah menyeru makhluknya sujud pd Adam sbg tnda pnghormatan atau lebih tepat, sbg tnda kehebatan Allah mngajar manusia sesuatu ilmu..semua makhluk sujud kecuali iblis...krn bongkaknya yg kononya berasal dr api...kesan bongkak itu, iblis dicampakkan ke dalam api neraka yang marak..

dalam ayat 35, Allah beri arahan jelas pd Nabi Adam iaitu jgn dekati pohon itu...ttpi Adam berdegil lalu mdekati pohon itu lantas iblis memasang perangkap sehingga Adam tersungkur dari syurga akibat perbuatan zalimnya itu....so, sama la juga, kalau Allah kata, jgn dekati zina...tp, kalau anda degil juga, Iblis bersiap sedia utk memasang perangkap sehingga kamu tersungkur ke lembah hina...tp beza Adam dgn kita, Nabi Adam, dia bertaubat sungguh2, tp kita, hanya mampu kata, "alang2 da tersungkur buat dosa, baik khatamkan terus buat dosa"...itu semua alasan yg tidak boleh digunapakai...

akhir sekali, dalam muka surat seterusnya, Allah memberi peringatan pd kaum Israel agar bersyukur atas nikmat kurniaan Allah itu..jika mereka bersyukur, Allah pasti akan tepati janjinya dgn memasukkan mereka dalam syurga yg kekal..Alah juga melarang mereka dari menjual ayat al-quran dgn harga murah demi keuntungan dunia serta menegas supaya mereka tiak mncampuradukkan yg batil dan hak sekaligus, dan sembunyikan yg haq sdangkan mereka mngetahui...akhir sekali, Allah menyeru golongan Israel ini utk laksanakan solat, tunaikan zakat serta rukuk bersama2 org yg rukuk ....

ok, jadi sebagai rumusan episod ini...Allah mnceritakan ttg perumpamaan2 itu kepada hambaNya...dan disebabkan perumpamaan itu, ada yg peroleh hidayah dan ada yang sesat...kemudian, Allah menitahkan kpd Adam agar tidak dekati pohon itu...begitu juga kita jgn dekati zina..huraian details ade diceritakan di atas td......nantikan episod 3 pada esok hari pula...jangan kemana2...stay tuned...insyaallah dlm pukul 10 pagi, episod 3 akan dilancarkan....

Selamat berpuasa dan tingkatkan amalan ibadat kita...gunakan kesempatan bulan Ramadhan ini utk memaksimakan amalan ibadah kamu...pd yg ade hutang solat tu, setelkan cepat2 dulu..barulah buat solat sunat spt dhuha, tahajud, dan witir....

Assalamualaikum ^^


sumber: fb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan